Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514532
Title: Hubungan faktor anteseden keusahawanan sosial dengan keusahawanan sosial dalam kalangan penuntut risale-i nur dan impaknya terhadap masyarakat di Turki
Authors: Mohammed Zain Yusof ( P59641)
Supervisor: Ibnor Azli Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Social entrepreneurship
Sufism
Civil society -- Turkey
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-May-2019
Description: Keusahawanan sosial ialah merupakan agen perubahan dalam sektor sosial yang menyesuai visinya dan misinya untuk mewujudkan dan mengekalkan nilai sosial, mengenal pasti dan berusaha gigih memburu peluang-peluang baru untuk mencapai visi dan misi mereka, terlibat dalam proses inovasi secara berterusan, penyesuaian dan pembelajaran, bertindak secara berani tanpa menghadkan sumber-sumber yang ada padanya dan mempamerkan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada masyarakat terhadap hasil-hasil yang diwujudkannya. Objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti hubungan faktor-faktor anteseden keusahawanan sosial dengan keusahawanan sosial dan impaknya kepada masyarakat. Antara faktor-faktor anteseden tersebut merangkumi dimensi modal insan, keinginan dan kebolehlaksanaan, modal sosial, faktor persekitaran sosial dan faktor persekitaran institusi. Dalam kajian ini lapan hipotesis telah dibangunkan untuk diuji. Sampel terdiri dari 143 responden yang dipilih secara rawak daripada satu senarai responden yang diperolehi daripada Yayasan Sains dan Kebudayaan Istanbul (IIKV), Istanbul, Turki iaitu sebuah institusi yang menyimpan data usahawan-usahawan sosial yang terlibat dengan keusahawanan sosial dari kalangan penuntut-penuntut Risale-i Nur di Turki. Demi mencapai objektif ini, metode kuantitatif digunakan. Aplikasi SPSS digunakan dalam analisis korelasi dan regresi berbilang untuk menentukan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah kajian. Secara keseluruhan dapatan kajian menyokong hipotesis yang dikemukakan. Hubungan anteseden faktor dengan keusahawanan sosial adalah signifikan, namun sumbangan keterangan varian keusahawanan sosialnya berbeza bagi setiap faktor anteseden. Kajian ini mendapati faktor-faktor anteseden tersebut boleh mempengaruhi usahawan untuk berubah menjadi usahawan sosial yang akhirnya memberi impak kepada masyarakat dari segi pembangunan ekonomi dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Kajian ini telah memberikan input baharu kepada bidang pengurusan dari segi teori dan amalan mengenai faktor-faktor anteseden yang menyumbang kepada pembentukan keusahawanan sosial. Kajian ini juga menghasilkan satu model baru keusahawanan sosial dengan membuktikan bahawa lima anteseden faktor mempengaruhi usahawan biasa untuk berubah menjadi usahawan sosial.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 206
Call Number: HD60.M843 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118247+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
18.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.