Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513699
Title: Hubungan kefungsian keluarga dan leader-member exchange dengan konflik kerja-keluarga: peranan tanggapan sokongan sosial sebagai pengantara
Authors: Normazaini Saleh (ZP00066)
Supervisor: Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
Keywords: Hubungan kefungsian keluarga
Leader-member exchange
Konflik kerja-keluarga
Tanggapan sokongan sosial sebagai pengantara
Universiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations
Issue Date: 6-Nov-2014
Description: Objektif kajian ini ialah untuk menyiasat hubungan kefungsian keluarga dan Leader-Member Exchange (LMX) dengan konflik kerja-keluarga (WFC), serta kaitannya dengan tanggapan sokongan sosial. Kajian ini seterusnya meneliti peranan tanggapan sokongan sosial sebagai pengantara bagi hubungan kefungsian keluarga dan LMX dengan WFC. Walaupun para pengkaji terdahulu telah mengemukakan banyak hasil kajian berkaitan anteseden yang menyebabkan berlakunya WFC, namun kebanyakan anteseden kajian sedia ada lebih menjurus kepada anteseden stressor, manakala anteseden suportif didapati masih belum diterokai sepenuhnya. Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengisi jurang kajian dengan mengemukakan kefungsian keluarga dan LMX sebagai anteseden suportif kepada WFC dengan mengemukakan tiga persoalan kajian. Pertama, adakah kefungsian keluarga dan LMX bertindak sebagai peramal kepada konflik kerja-keluarga (FWC dan WFC)? Kedua, adakah kefungsian keluarga dan LMX mempengaruhi tanggapan sokongan sosial? Ketiga, adakah tanggapan sokongan sosial mengantara hubungan kefungsian keluarga dan LMX dengan FWC dan WFC? Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, kajian telah dilakukan ke atas satu sampel yang terdiri daripada 535 jururawat di 6 buah hospital awam di Selangor. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan Model persamaan berstruktur-Partial Least Square (PLS-SEM). Hasil kajian menunjukkan: (1) hanya fleksibiliti keluarga mempunyai kaitan negatif secara langsung dengan WFC; (2) LMX mempunyai kaitan negatif secara langsung dengan WFC; (3) kefungsian keluarga mempunyai hubungan positif dengan tanggapan sokongan keluarga, manakala LMX mempunyai hubungan positif dengan tanggapan sokongan penyelia dan; (4) tanggapan sokongan keluarga mengantara hubungan antara kefungsian keluarga dengan FWC, manakala tanggapan sokongan penyelia mengantara hubungan antara LMX dengan WFC. Hasil kajian ini berjaya menyumbang kepada teori sedia ada dengan memperkenalkan kefungsian keluarga (Family Circumplex Model) dalam literatur WFC, serta menunjukkan konstruk kefungsian keluarga sebagai anteseden kepada WFC. Kajian ini juga membuktikan peranan sokongan sosial sebagai pengantara bagi hubungan kefungsian keluarga dan LMX dengan FWC dan WFC. Seterusnya, kajian ini turut mengetengahkan pentingnya organisasi mengambil berat perihal hubungan pekerja-penyelia dan hubungan kekeluargaan pekerja kerana dengan adanya hubungan yang baik sesama ahli keluarga dalam domain keluarga, dan hubungan baik antara penyelia-pekerja di tempat kerja, tanggapan sokongan sosial pekerja akan dapat ditingkatkan dan seterusnya FWC dan WFC dapat dikurangkan.,PhD
Pages: 228
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74795+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.