Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513695
Title: Tingkah laku pemanduan berisiko dalam kalangan pemandu kenderaan persendirian yang mempunyai rekod kemalangan jalan raya di Malaysia
Authors: Haffiezhah An-Nadiah Azlan (P43360)
Supervisor: Rozmi Ismail,Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Traffic safety-Malaysia
Motor vehicle driving-Malaysia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Apr-2012
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tingkah laku pemanduan berisiko di kalangan para pemandu Malaysia yang mempunyai rekod kemalangan jalan raya Kaedah kajian adalah survei menggunakan alat ujian psikologi dan soal-selidik berkaitan tingkah laku pemanduan. Antara alat ujian psikologi yang digunakan adalah Inventori Personaliti Big Five, Skala Impulsif Barrat, Kegagalan Fungsi Kognitif, Tingkah laku Pemandu dan Soal-selidik Tingkah Laku-Sikap Pemandu. Subjek kajian terdiri daripada 652 orang pemandu yang terlibat secara sukarela. Mereka mempunyai lesen kenderaan, berpengalaman memandu sekurang-kurangnya satu tahun dan mempunyai pengalaman terlibat dalam kemalangan trafik sekurang-kurangnya sekali. Sampel adalah bersifat heterogenous mewakili pelbagai kumpulan etnik, umur dan gender. Tempat kajian yang dijalankan ini adalah di sekitar Lembah Klang, Pantai Timur, Utara dan Selatan. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa ciri psikologi individu yang mempunyai perkaitan dengan pemanduan berisiko seseorang individu. Antara ciri psikologi yang dikenal pasti adalah usia muda, tahap pendidikan yang tinggi, personaliti (Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness dan Neuroticism), kegagalan kognitif individu yang tinggi, tahap impulsiviti yang tinggi dan tahap kemarahan yang tinggi ketika memandu. Seterusnya, analisis regresi logistik mendapati 33.1 peratus tingkah laku pemanduan berisiko individu diramalkan oleh kegagalan daya kognitif individu dalam memproses maklumat secara sempurna (cuai), kecenderungan individu untuk bertindak secara terburu-buru, mudah marah ketika memandu, usia muda dan jantina lelaki. Implikasi kajian ini mencadangkan tingkah laku berisiko dan kecenderungan untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya boleh dikaitkan dengan usia muda, lelaki, mempunyai ciri-ciri psikologi seperti kurang sabar, cuai dan melakukan tindakan secara terburu-buru. Dapatan ini mencadangkan intervensi yang sesuai perlu dijalankan bagi menangani tingkah laku pemanduan buruk tersebut,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 153
Call Number: HE5614.5.M4H334
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120731+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.