Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513677
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairul Akmaliah Adham, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorShahrizin Abdul Sarhadat (ZP01354)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:49:41Z-
dc.date.available2023-10-16T04:49:41Z-
dc.date.issued2017-08-08
dc.identifier.otherukmvital:99791
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513677-
dc.descriptionPerkhidmatan sokongan merupakan salah satu pendekatan utama untuk merealisasikan pembangunan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Menurut teori pengurusan perkhidmatan, sesuatu penyampaian perkhidmatan perlu diintegrasikan dengan cipta-sama (co-creation) bagi membolehkan proses interaksi dua-hala yang efektif di antara penyedia dan penerima perkhidmatan. Cipta-sama merujuk kepada keadaan di mana penyedia dan penerima perkhidmatan sokongan mengambil bahagian secara aktif dalam proses merekabentuk, berinteraksi dan menilai perkhidmatan untuk manfaat kedua-dua belah pihak. Namun sehingga kini, kajian mengenai perkhidmatan sokongan masih memberikan tumpuan utama kepada aspek pertimbangan ekonomi tetapi kurang di dalam aspek pembangunan atau sosial, mahupun interaksi di antara penyedia dan penerima perkhidmatan. Ternyata bahawa teori dan perspektif sedia ada belum lengkap untuk menjelaskan sepenuhnya cipta-sama di dalam perkhidmatan sokongan sosial. Situasi kelompangan teoretikal ini boleh mengakibatkan pelaksanaan perkhidmatan sokongan sosial yang tidak komprehensif, yang boleh memberi impak yang negatif terutamanya bagi yang dijalankan secara berskala besar dan berkos tinggi. Justeru, kefahaman mendalam tentang cipta-sama dan hubungannya dengan perkhidmatan sokongan sosial adalah penting. Kajian ini bertujuan memahami fungsi cipta-sama dalam proses penyampaian perkhidmatan sokongan sosial khususnya untuk pembangunan syarikat PKS. Objektif kajian ini adalah untuk 1) menganalisis proses reka bentuk dan penyediaan perkhidmatan sokongan sosial untuk menyokong pembangunan syarikat PKS, 2) mengenalpasti peranan ejen dalam memberikan perkhidmatan sokongan sosial untuk pembangunan syarikat PKS, 3) mengenalpasti peranan usahawan dalam menerima perkhidmatan sokongan sosial untuk pembangunan syarikat PKS dan 4) mengenalpasti dimensi cipta-sama dalam perkhidmatan sokongan sosial yang menyokong pembangunan syarikat PKS. Kajian ini menggunapakai kaedah penyelidikan kualitatif prosesual. Pengumpulan data dijalankan melalui temubual mendalam secara triadik dengan peserta kajian yang terdiri daripada tiga kelompok iaitu 1) Pegawai MARA Daerah, 2) Pegawai Atasan kepada Pegawai MARA Daerah dan 3) Syarikat PKS. Pengetahuan tentang cipta-sama dan perkhidmatan sokongan sosial ini memperkaya teori pengurusan perkhidmatan, perspektif keusahawanan, konsep cipta-sama dan model pembangunan syarikat PKS dengan mengetengahkan peranan ejen dan peranan syarikat PKS serta dimensi cipta-sama dalam penyediaan perkhidmatan sokongan sosial untuk pembangunan syarikat PKS. Secara praktikal, pengetahuan ini dapat membantu organisasi penyedia perkhidmatan sosial untuk menggubal garis panduan penyediaan perkhidmatan sokongan sosial dengan lebih berkesan. Seterusnya, membolehkan syarikat PKS menjadi celik proses mengenai program-program perkhidmatan sokongan sosial bagi memenuhi keperluan pembangunan syarikat mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationGraduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPenyedia
dc.subjectPenerima
dc.subjectSocial service -- Malaysia
dc.titleCipta-sama dan proses perkhidmatan sokongan sosial untuk pembangunan syarikat PKS: kajian kes Majlis Amanah Rakyat
dc.typeTheses
dc.format.pages329
dc.identifier.callnoHV11.S483 2017 tesis
dc.identifier.barcode003319(2018)
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99791+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
914.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.