Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513638
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorPusat Pengajian Siswazah Perniagaan
dc.contributor.authorSabri Mohamad Sharif (ZP00321)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:49:31Z-
dc.date.available2023-10-16T04:49:31Z-
dc.date.issued2015-06-04
dc.identifier.otherukmvital:80322
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513638-
dc.descriptionWalaupun wujud sokongan yang kukuh dari sudut kewangan dan undang-undang untuk aktiviti pengkomersialan, pengkomersialan harta intelek di universiti Malaysia masih kurang berjaya. Kurangnya kefahaman tentang peranan yang dimainkan oleh nilai dan kompetensi individu dan organisasi yang terlibat dalam proses pengkomersialan barangkali menjadi salah satu daripada punca terhadap keadaan ini. Kajian ini memperkenalkan suatu kerangka nilai-kompetensi yang boleh menjelaskan kejayaan dan kegagalan dalam proses pengkomersialan yang diterajui oleh pihak universiti, dengan menggabungkan teori inovasi, psikologi, pengurusan, dan undang-undang. Objektif kajian ini adalah untuk mengisi jurang literatur yang sedia ada tentang pengkomersialan harta intelek dengan menerangkan peranan nilai dan kompetensi individu serta organisasi yang mempengaruhi pengkomersialan di universiti. Berdasarkan kajian kes kualitatif yang melibatkan empat kes, iaitu dua aktiviti pengkomersialan yang berjaya dan dua lagi aktiviti pengkomersialan yang tidak berjaya dari Universiti Kebangsaan Malaysia, kajian ini menggunakan kaedah temu ramah mendalam berdasarkan protokol separa berstruktur untuk mengumpul data daripada penyelidik, pegawai prapengkomersialan, pegawai pemindahan teknologi, dan wakil daripada industri. Kajian ini mendapati bahawa kerangka nilai-kompetensi mampu menjelaskan dengan mendalam tentang pengkomersialan harta intelek yang dilakukan oleh universiti. Kejayaan dalam pengkomersialan harta intelek universiti bergantung pada prosesnya. Kejayaan ini memerlukan kefahaman yang mendalam tentang pelibatan individu dan organisasi pada peringkat-peringkat yang berbeza dalam proses pengkomersialan. Hal ini belum lagi dibincangkan dalam kajian yang sedia ada berkenaan pengkomersialan harta intelek yang diterajui oleh universiti. Daripada sembilan nilai yang dikaji, minda keusahawanan didapati merupakan nilai yang paling penting yang menyokong kejayaan dalam pengkomersialan harta intelek. Selain nilai berkenaan, individu yang mempunyai ciri-ciri seperti berani mengambil risiko, tahu apa yang dimahukan, dan berfikiran luas turut menyokong ke arah kejayaan dalam pengkomersialan tersebut. Universiti dan industri yang ditunjangi amalan penyelidikan dan amal kebajikan yang kuat sememangnya menyumbang terhadap kejayaan proses pengkomersialan. Kompetensi yang khusus untuk sektor tertentu, kebolehan untuk bekerjasama dengan pihak yang terlibat, kualiti kepemimpinan, dan kemampuan untuk melunaskan tanggungjawab turut membawa ke arah kejayaan dalam pengkomersialan. Kajian ini memperkenalkan suatu kerangka pengkomersialan berasaskan nilai-kompetensi dan menyumbang kepada literatur-literatur yang sedia ada terhadap proses pengkomersialan harta intelek yang diterajui oleh universiti. Kerangka yang berasaskan nilai-kompetensi telah memberikan kejayaan yang cemerlang dengan mengintegrasikan teori hak-hak sosial dan persendirian, proses gerbang berperingkat, teori-teori nilai, dan keusahawanan untuk menerangkan kejayaan dan kegagalan dalam proses pengkomersialan di universiti. Kajian ini menemukan sekelompok individu yang terlibat dalam proses pengkomersialan di universiti yang mengangkat nilai dan kompetensi yang rapat dengan pengkomersialan. Kemunculan kerangka baharu nilai-kompetensi tersebut boleh dipertimbangkan dalam mewujudkan suatu proses pengkomersialan berstruktur dan untuk memantau prestasi pengkomersialan individu berkenaan. Kemunculan kerangka baharu itu boleh juga digunakan sebagai suatu panduan bagi menetapkan insentif daripada universiti dan dasar naik pangkat serta untuk menjelaskan peranan inovasi dan pengajaran di universiti untuk memastikan penggunaan sumber negara yang berharga secara efektif dan untuk mengurangkan kos dalam proses pengkomersialan. Hal ini penting lebih-lebih lagi bagi negara seperti Malaysia yang mencatatkan peratusan perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan yang jauh lebih rendah daripada jumlah minimum yang dibelanjakan oleh negara-negara jiran yang sudah pun maju. Kemunculan kerangka baharu ini juga boleh membantu pihak industri untuk memilih universiti yang menyediakan nilai dan kompetensi yang sesuai untuk menjalankan projek penyelidikan mereka. Hasilnya, pihak universiti pula boleh menentukan fokus, menyusun strategi, memaksimumkan penggunaan kemampuan yang ada, dan meningkatkan hasil daripada penyelidikan mereka.,Despite the presence of strong financial and legal atmosphere supporting commercialisation activities, there was a lack of success in commercialisation of the intellectual properties in universities. Lack of understanding of the role played by values and competencies of the individuals and organisations involved in the commercialisation process is perhaps one of the reasons that contributes to this situation. This study offers a values-competencies framework that explains the success and failure of university-led commercialisation by combining theories of innovation, psychology, management, and law. The objective of this study is to fill the gap in existing literatures on intellectual property commercialisation by explaining the role of values and competencies of individuals and organisations in influencing commercialisation in universities. Under the broader umbrella of qualitative case study using four cases, two successful and two unsuccessful commercialisation projects from Universiti Kebangsaan Malaysia, the study employed in-depth interviews using semistructured protocol to collect data from researchers, pre-commercialisation officers, technology transfer officers, and industry representatives. The study found that the values-competencies framework offers an in-depth understanding on the intellectual property commercialisation in university. A successful university intellectual property commercialisation is process-dependent. It requires an extensive understanding of the involvement of the individuals and organisations in different stages of commercialisation process, which was not emphasised in existing studies on commercialisation of university-led intellectual property. Among the nine values studied, entrepreneurial mindset has been found to be the most important value supporting the successful commercialisation on intellectual property. Other than that, a risk-taking, self-directed, and broad-minded individual supports also a successful commercialisation. University and industry with a strong research tradition and benevolence also contribute to the success of commercialisation process. Sector-specific competencies, ability to collaborate with others involved, leadership quality, and ability to carry out responsibility could also lead to a successful commercialisation. The study introduces a values-competencies-based commercialisation framework and contributes to the existing literatures on university-led intellectual property commercialisation process. The values-competencies-based framework has given a breakthrough by integrating the theory of social and private rights, the stage gate process, theories on values, and entrepreneurship to explain the success and failure of a commercialisation process in universities. The study found a new breed of individuals engaged in the commercialisation process in universities that hold commercialisation-friendly values and competencies. The emergent values-competencies framework can be considered in establishing a structured commercialisation process and to monitor commercialisation performance of individuals. The emergent framework could also be utilised as a guide in setting up a university incentive and promotion policies and in defining the role of innovation and teaching in universities, in ensuring effective utilisation of valuable national resources, and in reducing the commercialisation costs. This is especially important for a country like Malaysia where the percentage of research and development expenditure is far below the minimum amount spent by the neighbouring developed countries. The emergent framework can also help industries to choose universities with appropriate values and competencies to work on their research projects. Consequently, the university can specify their focus, set their strategies, maximise their capacity utilisation, and increase revenue from their research.,PhD
dc.language.isoeng
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationGraduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
dc.rightsUKM
dc.subjectCommercialisation
dc.subjectIntellectual property
dc.subjectIntellectual property - Economic aspects - Malaysia
dc.titleValues and competencies in the commercialisation process of university intellectual property
dc.typeTheses
dc.format.pages205
dc.identifier.callnoT177.M4S234 2015 tesis
dc.identifier.barcode001152
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80322+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.