Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513632
Title: Faktor Dalaman Kejayaan Kritikal Perkhidmatan Lean Dan Pencapaian Operasi: Kesan Penyederhanaan Faktor Luaran
Authors: Roshayati Abdul Hamid (P37099)
Supervisor: Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
Keywords: Kejayaan Kritikal Perkhidmatan Lean
Faktor Dalaman Pencapaian Operasi
Penyederhanaan Faktor Luaran
Service industries
Issue Date: 30-Sep-2013
Description: Perkhidmatan berkualiti dengan kos yang lebih rendah adalah idaman pengguna dalam perkhidmatan hospital. Justeru, untuk memenuhi kehendak tersebut, sektor perkhidmatan hospital telah melakukan penambahbaikan dalam pengoperasian organisasi mereka. Mereka telah menggunakan inisiatif penambahbaikan Perkhidmatan Lean untuk mencapai matlamat tersebut. Perkhidmatan Lean ialah satu falsafah perniagaan dengan suatu set prinsip penambahbaikan yang berkaitan dengan pengurangan pembaziran dalam aliran proses dan operasi dalaman organisasi. Teori Pengurusan Kualiti menyatakan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara inisiatif penambahbaikan dengan pencapaian. Namun demikian, sebahagian kajian terdahulu telah mendapati hasil kajian yang tidak konklusif. Salah satu daripada punca kegagalan Perkhidmatan Lean ialah kekurangan sumber maklumat mengenai faktor-faktor kejayaan kritikalnya. Kajian ini telah menggunakan pendekatan teori dan model Resource-based View sebagai 'underlying theory' atau teori dasar untuk mengenal pasti kekuatan dalaman sesebuah organisasi. Kekuatan dalaman tersebut merupakan faktor-faktor kejayaan kritikal yang membantu organisasi menggunakan inisiatif penambahbaikan Perkhidmatan Lean. Kajian ini telah menguji hubungan di antara faktor-faktor kejayaan kritikal dengan pencapaian operasi. Kajian ini turut menguji peranan faktor luaran iaitu campur tangan kerajaan sebagai pembolehubah penyederhana. Ukuran daripada kajian lepas telah diadaptasikan untuk membina soal selidik kajian ini. Kemudian, soal selidik dihantar kepada beberapa buah hospital terpilih dengan menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan pendekatan Partial Least Squares (PLS). Hasil kajian menunjukkan daripada lima faktor dalaman yang telah dikenal pasti, hanya faktor pembangunan pemikiran sahaja yang mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas pencapaian operasi. Kepentingan faktor pembangunan pemikiran yang merupakan faktor spesifik untuk Perkhidmatan Lean adalah selari dengan penggunaan prinsip-prinsip di dalam inisiatif tersebut. Manakala, hubungan di antara setiap faktor dalaman kejayaan dengan pencapaian operasi tidak disederhanakan oleh campur tangan kerajaan. Kajian ini mengemukakan bukti empirik kepada bidang ilmu pengurusan, khususnya dalam konteks pengurusan operasi. Faktor kejayaan kritikal, pembolehubah penyederhana dan hubungan di antara pembolehubah yang dikenal pasti dalam kajian ini merupakan penemuan dan sumbangan asli yang dapat memperkayakan lagi ilmu bidang ini. Akhir sekali, kajian ini memberi panduan bermanfaat kepada pihak pengurusan organisasi perkhidmatan hospital untuk lebih berjaya dalam menggunakan Perkhidmatan Lean.,PhD
Pages: 161
Call Number: HD9980.5 .R677 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75130+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.