Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513625
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorPusat Pengajian Siswazah
dc.contributor.authorNormah Ahmad (P45361)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:49:28Z-
dc.date.available2023-10-16T04:49:28Z-
dc.date.issued2012-08-16
dc.identifier.otherukmvital:74901
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513625-
dc.descriptionKajian sosiopragmatik adalah bidang yang menfokuskan kepada penggunaan bahasa dan perkaitannya dengan angkubah-angkubah sosial dalam keadaan setempat yang khusus. Kajian ini menganalisis interaksi permohonan maaf dalam drama televisyen. Sebanyak 112 interaksi permohonan maaf daripada drama Melayu dan 116 daripada drama Jepun digunakan dalam kajian ini. Kesemua interaksi permohonan maaf telah diikutip dari empat buah drama Melayu dan empat buah drama Jepun yang telah ditayangkan di televisyen dari tahun 2008 hingga 2010. Kajian ini memberi tumpuan kepada pola realisasi permohonan maaf dalam bahasa Melayu dan bahasa Jepun. Kesan angkubah sosial ke atas pola realisasi permohonan maaf juga diteliti dan dinilai. Secara spesifiknya, kajian ini melihat pertamanya, formula semantik yang digunakan dalam permohonan maaf. Kedua, kesan tiga angkubah sosial iaitu jarak sosial, kuasa sosial dan darjah kesalahan ke atas permohonan maaf dan ketiga, modifikasi dalaman permohonan maaf. Data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini mendapati wujud perbezaan silang budaya dalam permohonan maaf bahasa Melayu dan bahasa Jepun, bukan sahaja dalam penggunaan formula semantik tetapi juga dari segi kandungan permohonan maaf itu sendiri. Kajian ini juga mendapati bahasa Melayu menggunakan lebih banyak strategi permohonan maaf berbanding bahasa Jepun iaitu sebanyak 331 berbanding 240 strategi. Permohonan maaf dalam bahasa Melayu lebih banyak menggunakan strategi penjelasan dan ekspresi emosi berbanding bahasa Jepun. Manakala bagi penutur Jepun, mereka lebih banyak memohon maaf menggunakan strategi IFID dan kurang memberikan penjelasan. Dari segi perkaitan angkubah sosial, didapati jarak sosial tidak mempengaruhi permohonan maaf dalam kedua-dua bahasa, tidak sebagaimana yang dicadangkan oleh teori kesopanan Brown & Levinson (1987), iaitu permohonan maaf yang kompleks (lebih sopan) digunakan terhadap pendengar yang jauh jarak sosialnya. Darjah kesalahan pula didapati amat mempengaruhi permohonan maaf dalam bahasa Melayu, mengatasi kuasa relatif dan jarak sosial. Tetapi bagi bahasa Jepun, permohonan maaf yang lebih sopan lebih tertumpu kepada jarak sosial yang rapat. Sebagai rumusan, kajian perbandingan antara bahasa Melayu dan Jepun ini telah memberikan gambaran menarik mengenai persamaan dan perbezaan antara kedua-dua bahasa ini. Kajian ini bukan sahaja memberikan perbezaan di antara bahasa Melayu dan Jepun, tetapi juga memberikan ciri-ciri kedua-dua budaya yang dicerminkan melalui penggunaan permohonan maaf.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationGraduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPermohonan maaf dalam drama
dc.subjectDrama Melayu
dc.subjectDrama Jepun
dc.subjectKajian sosiopragmatik
dc.subjectPragmatics
dc.titlePermohonan maaf dalam drama Melayu dan Jepun:satu kajian sosiopragmatik
dc.typeTheses
dc.format.pages305
dc.identifier.callnoP99.4.P72 .N646 2012
dc.identifier.barcode000238
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74901+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.