Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513521
Title: Model pembelajaran kolaboratif dalam talian untuk pembinaan kreativiti dan inovasi : kajian kes di institut pendidikan guru
Authors: Siti Rosni Mohamad Yusoff (P53572)
Supervisor: Nor Azan Hj Mat Zin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Computer programming -- Case studies
Web-based instruction -- Case studies
Computer-assisted instruction -- Case studies
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 10-Oct-2015
Description: Pemikiran yang kreatif dan inovatif menjadi penyumbang kepada produktiviti negara. Walau bagaimanapun guru masih kurang berjaya menerapkan elemen kemahiran berfikir kreatif dan inovatif (KBKi) dalam tugasan pelajar melalui integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran kolaboratif dalam talian berpotensi menerap 15 elemen KBKi semasa aktiviti perkongsian idea, perbincangan, penambahbaikan idea, pengujian idea dan persetujuan bersama dalam kalangan ahli komuniti pembelajaran. Kajian ini bermatlamat untuk mereka bentuk dan mengesah Model Pembelajaran Kolaboratif Dalam Talian (Model KDT) yang diuji menggunakan prototaip Sistem Pengurusan Pembelajaran Kolaboratif-Pengetahuan (SPP e-Kolaborasi). Model KDT mengandungi konstruk serta hubungan antara kaedah pembelajaran kolaboratif dalam talian, Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) dan pembinaan pengetahuan kursus yang menerapkan kemahiran berfikir kreatif dan inovatif. Kaedah pembinaan model adalah berdasarkan reka bentuk sistem berarahan yang merangkumi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian model. Data dikumpul melalui analisis dokumen kursus, temu bual, laporan pengujian prototaip, tinjauan persepsi menggunakan soal selidik, analisis mesej dan maklum balas kolaboratif serta analisis log sistem. Instrumen kajian ialah skedul temu bual dan soal selidik penerapan konstruk Model KDT versi 2. Hasil penilaian Model KDT menggunakan tinjauan soal selidik persepsi pelajar berskala Likert lima poin menunjukkan bahawa prototaip SPP e-Kolaborasi boleh diguna untuk menerap 12 konstruk Model KDT dengan baik (min = 4.22), mempunyai agihan tugas komuniti yang jelas (min = 4.35), mempunyai panduan pelaksanaan aktiviti kolaboratif yang baik (min = 4.29), menyediakan medan komunikasi yang berkesan (min = 4.27), mempunyai koordinasi isi kandungan yang tersusun (min = 4.19), membantu mengurus ahli komuniti pembelajaran dalam talian dengan cekap (min 4.23), memudahkan maklum balas dalam kalangan ahli komuniti (min = 4.19), memudahkan penilaian rakan (min = 4.16), mengurus maklumat dengan baik (min = 4.14) dan berjaya menyampaikan matlamat pembelajaran (min = 4.23). Konstruk kesedaran mampu memberi kesan kepada pelajar tentang keperluan kemahiran pembelajaran (min = 4.03) dari aspek kemahiran berfikir kreatif dan inovatif (min = 4.27) serta kemahiran TMK (min = 4.19). Walau bagaimanapun, konstruk peraturan adalah kurang sesuai (min = 3.64) apabila penggunaan prototaip dilaksana serentak dengan pembelajaran amali. Tahap kerisauan yang rendah semasa mengguna prototaip (min = 3.64) menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap yang positif terhadap aktiviti perkongsian idea dan maklumat melalui pembelajaran kolaboratif dalam talian. Analisis tema daripada mesej dan maklum balas kolaboratif menunjukkan bahawa 10 elemen KBKi inovatif yang berjaya diterap adalah menjana idea, menghubung kait, membuat inferensi, meramal, mengitlak, menganalogi, imitasi, inovasi, mereka cipta dan menyelesaikan masalah. Hasil pengesahan pakar berkenaan pembinaan kreativiti dan inovasi dalam tugasan pelajar menggunakan pengiraan Cohen Kappa adalah 0.82 menunjukkan persetujuan yang sangat baik. Hasil penilaian mengesah bahawa Model KDT boleh digunakan secara berkesan untuk membina kreativiti dan inovasi dalam tugasan pelajar. Sumbangan penyelidikan ini adalah Model KDT, skedul temu bual dan instrumen soal selidik penerapan konstruk Model KDT versi 2.,Ph.D.
Pages: 252
Call Number: QA76.6.S594 2015 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80422+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
319.76 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.