Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513496
Title: Kerangka Kerja Perancangan Strategik Teknologi Maklumat Pada Organisasi Lateral:Kajian Kes Hospital Jiwa Di Indonesia
Authors: Wendi Usino (P25950)
Supervisor: Aziz Deraman, Prof. Dato'. Dr.
Keywords: Perancangan Strategik Teknologi Maklumat
Kerangka Kerja Perancangan Strategik Teknologi Maklumat
Kerangka Kerja Kajian Kes Hospital Jiwa Di Indonesia
Management information systems--Indonesia
Issue Date: 15-Nov-2013
Description: Pelan strategik TMK perlu dilaksanakan untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan berkemampuan mencapai matlamat organisasi.Manfaat utama proses perancangan dengan teknologi maklumat adalah membolehkan penghantaran lebih cepat untuk manfaat TM bagi perniagaan melalui perubahan proses. Agensi perkhidmatan awam atau BLU (Badan Layanan Umum) merupakan organisasi lateral yang terbentuk kerana impak daripada Undang-Undang Autonomi Daerah dan reformasi birokrasi yang berlaku di Indonesia yang multi-etnik. Perancangan strategik teknologi maklumat atau PSTM sebagai komponen untuk peningkatan kemampuan bersaing telah diterima sebagai satu kaedah dalam menjayakan implementasi teknologi maklumat dalam sesebuah organisasi. Namun konsep dan kerangka kerja PSTM sedia ada yang dicadangkan sebelum ini dilaporkan kurang berjaya semasa dilaksanakan pada organisasi lateral milik kerajaan. Objektif utama dan skop dalam kajian ini adalah mengkaji proses PSTM kini dan membangunkan konsep dan kerangka kerja PSTM pada organisasi lateral atau PSTM-BLU. Bagi mendapatkan keputusan konsep dan kerangka kerja PSTM-BLU dijalankan melalui empat fasa iaitu kajian literatur; analisis dan mereka bentuk kerangka kerja PSTM; penilaian kerangka kerja PSTM; perbincangan dan keputusan konsep & kerangka kerja PSTM. Satu kajian telah dilakukan terhadap 35 hospital jiwa awam yang mencakupi seluruh wilayah yang multi-etnik di Indonesia menerusi kajian soal selidik, kemudian kajian empirik dijalankan di dua hospital jiwa awam dengan menggunakan pendekatan syarahan, FGD, temu bual. Bagi mengenal pasti penerimaan PSTM-BLU diukur melalui empat parameter iaitu kelengkapan elemen, susunan aturan elemen, maksud elemen dan kesesuaian elemen. Analisis data menggunakan statistik deskriptif. Kerangka kerja PSTM-BLU mengandungi enam fasa utama iaitu fasa membangunkan inisiatif proses PSTM-BLU; menentukan matlamat implementasi TMK; penilaian dan analisis persekitaran; rumusan strategi implementasi TMK; rancangan implementasi TMK; dan pemilihan pelaksana TMK. Berdasarkan hasil penilaian ke atas semua parameter penilaian, baik antara PSTM-BLU dengan PSTM MAMPU, PSTM Kominfo mahupun PSTM Bernard Boar dinyatakan ada perbezaan. Menggunakan teknik pemetaan konsep, rangka kerja PSTM-BLU dibuat melalui analisis PSTM-Bernard Boar, panduan PSTM-KOMINFO dan PSTM-MAMPU. Penilaian PSTM-BLU ini dilakukan melalui kajian soal selidik. Hasil tinjauan metodologi pembangunan PSTM-BLU pihak responden yang terdiri daripada pakar TM sektor awam/swasta dan hospital jiwa awam, serta pakar antropologi telah bersetuju terhadap semua definisi elemen proses strategi yang dicadangkan. Manakala untuk keputusan metodologi penentuan isi kandungan membangunkan PSTM, dalam bilangan 83.3% pihak responden bersetuju dengan rangka kerja yang disarankan. Akhirnya sebagai kesimpulan dalam penyelidikan ini, keputusan ujian penilaian PSTM-BLU yang dilaksanakan oleh pihak responden yang terdiri daripada pakar TM sektor awam dan swasta serta hospital jiwa awam, 91% bersetuju dengan rangka kerja yang dicadangkan.,PhD
Pages: 402
Call Number: T58.6 .W444 2013 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75090+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.