Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513492
Title: | Kerangka Pembangunan Sistem Maklumat Eksekutif Pendidikan Berdasarkan Faktor Kejayaan Kritikal |
Authors: | Ma Hamsiatus Sa'diah Kamaruddin (P47872) |
Supervisor: | Rozilawati Razali, Dr. |
Keywords: | Pembangunan Sistem Maklumat Eksekutif Pendidikan Faktor Kejayaan Kritikal Sistem Maklumat Eksekutif Management information systems |
Issue Date: | 7-Mar-2013 |
Description: | Pengurusan pendidikan adalah suatu proses sosial yang melibatkan usaha mengenal pasti, mengelola, mengawal dan menyatukan unsur manusia dan sumber untuk mencapai aspirasi dasar pendidikan negara. Pengurusan pendidikan melibatkan beberapa peringkat pentadbiran yang memerlukan penyatuan dan penyelarasan maklumat daripada pelbagai unit operasi. Sistem Maklumat Eksekutif (SME) dikenal pasti sebagai mekanisme terbaik untuk mengintegrasi maklumat dalaman dan luaran pendidikan yang membolehkan analisis dan pelaporan dibuat secara menyeluruh. SME dapat membantu pengurus pendidikan merangka dasar dan membuat keputusan strategik. Walau bagaimanapun, tidak semua SME berjaya dari segi penggunaannya. Ini adalah kerana faktor kejayaan kritikal (FKK) SME tidak diketahui dengan jelas. Memandangkan kepenggunaan sesebuah produk bergantung kepada proses pembangunannya, penumpuan perlu diberi ke atas FKK semasa pembangunan. Beberapa kajian lampau telah mengkaji FKK untuk pembangunan SME. Namun, masih belum ada kajian yang mengkaji FKK pembangunan SME khusus untuk domain pendidikan. Kajian ini bertujuan mengemukakan kerangka kerja pembangunan SME pendidikan berasaskan FKK. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian kes (case study). Kajian kes tersebut menggunakan pendekatan triangulasi yang menggabungkan teknik temu bual, pemerhatian dan rujukan dokumen. Data yang dikumpul, dianalisis secara deduktif dan induktif melalui analisis kandungan untuk menentukan FKK pembangunan SME. Terdapat empat FKK utama yang dikenal pasti iaitu persekitaran organisasi, sumber manusia, proses pelaksanaan dan produk SME. Empat FKK tersebut dipecahkan kepada dua puluh tiga subitem. Faktor dan subitem yang diperoleh digunakan untuk membentuk kerangka kerja pembangunan SME. Bagi menilai kebolehlaksanaan kerangka kerja tersebut, sebuah prototaip SME (eFSME) dibangunkan. Melalui eFSME, kerangka kerja dinilai oleh pakar domain yang merupakan pembangun SME. Dapatan penilaian ditentusah menggunakan analisis Kappa. Hasil kajian menunjukkan bahawa kejayaan sesebuah SME dipengaruhi oleh beberapa FKK yang telah dikenal pasti. Kajian ini merumuskan bahawa kerangka kerja yang merangkumi FKK terlibat adalah bersesuaian dan boleh dilaksana untuk menjayakan pembangunan SME di dalam domain pendidikan.,PhD |
Pages: | 257 |
Call Number: | T58.6 .M334 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75048+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.