Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513489
Title: | Skim Pemilihan Mobility Anchor Point Berasaskan Jarak Dengan Kawalan Beban Dinamik |
Authors: | Zulkeflee Kusin (P42896) |
Supervisor: | Mohamad Shanudin Zakaria, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Skim Pemilihan Mobility Anchor Point Pemilihan Mobility Anchor Point Mobility Anchor Point TCP/IP (Computer network protocol) |
Issue Date: | 15-May-2013 |
Description: | Protokol Internet versi 6 (IPv6) yang dibangunkan dalam RFC 1883 oleh IETF adalah untuk menjangka peningkatan saiz alamat IP dan pertumbuhan internet. Komunikasi mobiliti ubiquitous berdasarkan IPv6 mengkhususkan protokol Mobile IPv6 (MIPv6) dan Hierarchical Mobile IPv6 (HMIPv6) untuk menyokong isu mobiliti dalam Rangkaian Generasi Akan Datang (NGN). MIPv6 menyokong mobiliti dengan membenarkan Mobile Node (MN) berpindah ke lokasi lain tanpa mengubah Home Address (HoA) manakala HMIPv6 direka untuk menyokong pengurusan mikro mobiliti. Konsep utama di sebalik HMIPv6 ialah mengendalikan penyerahan setempat oleh penggunaan Mobility Point Anchor (MAP) yang terletak di mana-mana penghala akses dalam rangkaian berhierarki. Tujuan utama protokol ini adalah untuk menyokong Pengurusan Mobiliti Setempat (LMM) dan menyediakan penyerahan lancar dengan menyembunyikan lokasi MN dari Correspondent Node (CN) dan Home Agent (HA). Kurangnya penyelidikan pada skim pemilihan MAP berasaskan Jarak dan masalah antara-MAP dalam HMIPV6 mendorong kepada kajian ini. Skim ini merupakan kaedah yang sistematik untuk MN mendaftar pada MAP baru semasa MAP Discovery. Skim berasaskan Jarak (Paling Jauh) menyebabkan lebihan beban pada MAP dan kependaman penyerahan apabila rangkaian meluas, walaupun ia boleh mengurangkan kekerapan Binding Update (BU) bagi MN berkelajuan pantas. Tiada kawalan beban khusus untuk menangani isu ini kerana hanya nilai medan Distance, Valid Lifetime dan Preference sahaja pada MAP Option boleh diukur semasa pemilihan. Malahan pada skim Dinamik sedia ada, pemilihan hanya berdasarkan kos terendah pada kejiranan MAP dan masalah lebihan beban MAP masih belum dapat dikawal secara efisen dari segi kekerapan BU dan juga penyerahan lancar. Oleh itu, kami mencadangkan Skim Pemilihan MAP Berasaskan Jarak dengan Kawalan Beban Dinamik (DMS-DLC). Pertama, kami membincangkan dan mengkaji semula peningkatan aspek teori dan konsep HMIPv6. Kajian ini menyelidik isu pada skim sedia ada dan faktor yang memberi kesan lebihan beban pada MAP. Banyak kajian telah dilakukan seperti skim Jarak, Mobiliti, Adaptif dan Dinamik. Juga untuk jenis tersebut disokong dan disepadukan dengan mekanisme kawalan beban. Untuk mengatasi isu reka bentuk skim pemilihan MAP, kami menghasilkan satu peningkatan model skim yang mengintegrasikan pemilihan berasaskan Jarak dengan mekanisme kawalan beban dinamik serta pengesanan kelajuan MN. Seterusnya, kami mengesahkannya melalui penilaian prestasi dengan skim lain menggunakan simulasi rangkaian OMNET++. Melalui hasil keputusan ujikaji aplikasi Ping menunjukkan bahawa skim kami mencapai prestasi yang lebih baik dalam kawalan beban MAP, mengurangkan kelewatan BU dan mengurangkan kehilangan paket. Keputusan akhir kami menunjukkan bahawa skim DMS-DLC memberikan pengagihan yang lebih baik pada beban MAP di mana untuk kos BU oleh MN pada MAP paling jauh berkurang 49.02% dan pada MAP terdekat berkurang 45.50%. Dalam kes terbaik menunjukkan bahawa skim ini sesuai untuk MN berkelajuan pantas di mana boleh mengatasi masalah lebihan beban MAP dan mencapai penyerahan lancar. Akhir sekali, berdasarkan kajian ini, kami menyifatkan algoritma baru yang menangani isu kawalan beban MAP dan pengesanan kelajuan MN pada HMIPv6 boleh digunakan untuk skim pemilihan MAP berasaskan Jarak.,PhD |
Pages: | 246 |
Call Number: | TK5105.585 .Z838 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74997+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.