Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513488
Title: Kerangka pelaksanaan sistem perancangan sumber perusahaan bagi persekitaran institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia
Authors: Raja Mohd Tariqi Raja Lope Ahmad (P41015)
Supervisor: Zalinda Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pelaksanaan sistem perancangan sumber perusahaan
Sistem perancangan sumber perusahaan
Persekitaran institusi
Institusi pengajian tinggi swasta
Malaysia
Universities and colleges--Malaysia
Issue Date: 12-Mar-2012
Description: Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kini menghadapi satu suasana mencabar untuk menyatupadukan proses kerja bagi persekitarannya dan kebanyakan IPTS menghadapi masalah belanjawan. Disamping itu juga adalah menjadi satu keperluan untuk meningkatkan persekitaran teknologi dan perkhidmatan mereka. Perancangan sumber perusahaan (ERP) adalah satu teknologi yang mendapat perhatian daripada pihak institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menyelesaikan masalah fungsi pentadbiran dan akademik sesebuah IPT. Pelaksanaan sistem ERP yang berjaya dapat menyediakan faedah-faedah strategik dan operasi kepada sesebuah IPTS tersebut. Tanpa mengetahui sejarah berkenaan kejayaan dan kegagalan pelaksanaan sesuatu sistem, pihak pelaksana sistem tersebut berada dalam keadaan kekurangan tanpa mengetahui cara yang terbaik melaksanakan sistem ERP. Inilah membuatkan tugas pelaksanaannya lebih mencabar. Skop penyelidikan yang dijalankan ini adalah dihadkan kepada IPTS di Malaysia yang bertaraf universiti dan kolej universiti yang merangkumi isu-isu akademik dan hal ehwal pelajar, kewangan pelajar, kewangan institusi, pemasaran dan pengurusan sumber manusia. Pembentukan kerangka pelaksanaan ini mempunyai empat peringkat di mana setiap peringkat akan mempunyai kombinasi faktor kejayaan kritikal (CSF), tugasan / boleh serah dan siapakah yang bertanggungjawab bagi setiap peringkat tersebut. Rangka kerja yang dibentuk ini adalah diasaskan daripada gabungan kajian literatur, kajian lapangan, kajian kes dan pengalaman penyelidik sebagai anggota utama bagi pelaksanaan sistem kampus ERP selama tiga tahun. Hasil penyelidikan ini telah mengenalpasti kepentingan dan keperluan, kesedaran, persepsi dan halangan bagi membangunkan sebuah rangka kerja pelaksanaan sistem ERP bagi IPTS di Malaysia. Satu rangka kerja pelaksanaan sistem ERP bagi IPTS di Malaysia telah dibangunkan dan teknik Delphi digunakan untuk mengesahkan kerangka tersebut. Hasil kajian menunjukkan tahap pelaksanaan sistem ERP di IPTS Malaysia adalah dianggap rendah, dimana ia hanya sejumlah 45.5%, manakala tahap kesedaran dan kesesuaian pelaksanaan sistem ERP untuk IPTS di Malaysia adalah tinggi iaitu sebanyak 58% dan 85%. Kajian ini telah menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan di dalam bidang teknologi maklumat, disamping itu juga pihak IPTS dapat memahami tentang peri penting bagi sesebuah IPTS mempunyai sebuah sistem ERP masa kini dan akhir sekali adalah dari segi penghasilan dokumentasi rangka kerja pelaksanaan sistem ERP yang akan dijadikan sebagai garis panduan bagi membantu pihak IPTS di Malaysia untuk melaksanakan sistem ERP tersebut.,PhD
Pages: 227
Call Number: LA1238 .R334 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74940+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.