Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513462
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahrul Azman Mohd Noah, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMasita Abdul Jalil (Masila Abdul Jalil) (P35243)-
dc.date.accessioned2023-10-16T04:36:57Z-
dc.date.available2023-10-16T04:36:57Z-
dc.date.issued2012-01-13-
dc.identifier.otherukmvital:72951-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513462-
dc.descriptionPola reka bentuk merupakan artifak guna semula perisian yang mewakili penyelesaian abstrak kepada masalah reka bentuk yang kerap berulang dalam konteks yang pelbagai. Selain daripada industri, institusi pendidikan juga semakin menyedari manfaat pendedahan awal pengetahuan pola reka bentuk ini kepada pelajar. Namun di sebalik kepelbagaian pendekatan yang dipraktikkan dan alatan-alatan yang telah dibangunkan, masih agak sukar untuk novis memilih pola reka bentuk yang bersesuaian dan seterusnya mengadaptasi penyelesaian abstrak yang direkodkan oleh pola reka bentuk ini ke dalam masalah reka bentuk yang dihadapi. Selain itu, setakat kajian ini dilaksanakan tiada laporan formal mengenai permasalahan sebenar yang dihadapi oleh kumpulan ini dalam mengguna semula penyelesaian yang ditawarkan oleh pola reka bentuk. Justeru, satu kajian awal telah dilaksanakan bagi mengenal pasti permasalahan sebenar yang dihadapi oleh kumpulan ini dalam mengaplikasi pola. Seterusnya berdasarkan kepada dapatan yang diperoleh, satu pendekatan yang berupaya menyediakan panduan dan sokongan yang diperlukan untuk mengurangkan jurang kognitif novis dalam mengaplikasi pola telah dicadangkan. Pendekatan yang berasaskan kepada Teori Beban Kognitif ini telah diaplikasi dalam reka bentuk prototaip alatan sokongan aplikasi pola reka bentuk iaitu Design Pattern Application Coach (DPACoach). Alatan ini menyediakan persekitaran penyelesaian masalah dan sokongan dalam bentuk informasi pola reka bentuk yang terpilih dan lebih spesifik bagi membantu novis menguasai kemahiran mengaplikasi pola dalam menyelesaikan masalah reka bentuk yang pelbagai. Untuk menguji keberkesanan alatan ini, satu siri penilaian telah dilaksanakan yang melibatkan 50 pelajar di tahun akhir pengajian sarjana muda yang mewakili novis. Penilaian memfokus kepada empat aspek berbeza iaitu purata skor bagi proses pemilihan pola reka bentuk, purata skor untuk proses pengintegrasian pola reka bentuk (berdasarkan kepada aspek ketepatan dan kesempurnaan reka bentuk) dan purata masa yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan. Walaupun secara statistiknya tiada perbezaan yang signifikan direkodkan antara purata skor kumpulan bagi proses pemilihan, hasil penilaian menunjukkan bahawa penggunaan DPACoach dapat meningkatkan purata skor untuk proses mengintegrasi penyelesaian pola reka bentuk dan mengurangkan masa yang diperlukan secara purata. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa persekitaran dan sokongan yang disediakan oleh DPACoach berupaya mengatasi sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh novis dalam mengguna semula penyelesaian abstrak yang direkodkan oleh pola reka bentuk.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPola reka bentuk-
dc.subjectPembangunan perisian-
dc.subjectKalangan novis-
dc.subjectBerbantukan alatan sokongan DPACoach-
dc.subjectDPACoach-
dc.subjectSoftware patterns-
dc.titlePola reka bentuk dalam pembangunan perisian: satu kajian di kalangan novis berbantukan alatan sokongan DPACoach-
dc.typeTheses-
dc.format.pages209-
dc.identifier.callnoQA76.76.P37 .M345 2012 3-
dc.identifier.barcode000410-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pola reka bentuk dalam pembangunan perisian: satu kajian di kalangan novis berbantukan alatan sokongan DPACoach.pdf
  Restricted Access
Full text4.71 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.