Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513456
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Azan Mat Zin, Prof. Madya. Dr. | |
dc.contributor.author | Salyani Osman (P51441) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:36:54Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:36:54Z | - |
dc.date.issued | 2013-09-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:71644 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513456 | - |
dc.description | Pemeliharaan warisan budaya kraf tradisional adalah penting kepada masyarakat. Pengetahuan dan kemahiran tentang kraf tradisional generasi lama hanya diwariskan secara rahsia kepada keturunan yang berminat. Tanpa pemindahan yang sewajarnya warisan budaya ini boleh pupus, oleh itu pendidikan dalam bidang ini adalah penting. Namun, kajian lepas mendapati pembelajaran kemahiran kraf tradisional semakin kurang diminati oleh generasi muda yang menganggapnya tidak menarik dan rumit. Amalan lazim pembelajaran kemahiran kraf tradisional memerlukan pelajar bergantung sepenuhnya kepada tunjuk ajar dan panduan terperinci pengajar. Justeru, pengajar mengalami kesukaran mengajar dan pada masa yang sama memantau dan menilai pelajar secara individu. Pendekatan pembelajaran menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat seperti perisian kursus telah diakui berkesan membantu memenuhi keperluan pelajar dan mampu menyokong pengajaran guru. Reka bentuk sesuatu perisian kursus menentukan keberkesanannya. Maka, kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model perisian kursus web kraf tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk sebuah model perisian kursus web kraf tradisional menggunakan strategi berarahan perantisan kognitif, membangunkan prototaip dan menilai prototaip untuk tujuan pengesahan model. Metodologi kajian adalah terdiri daripada metod pembentukan model dan metod pengesahan model. Hasil analisis adalah model perisian kursus web untuk pengajaran dan pembelajaran kraf tradisional (Model W-Kraf) yang disah menggunakan teknik delphi. Implementasi model adalah melalui pembangunan prototaip perisian (W-Songket) dan penilaian prototaip dilakukan melalui penilaian kebolehgunaan, penilaian kepuasan penggunaan strategi perantisan kognitif, pengesahan akhir model dan penilaian keberkesanan. Hasil penilaian kebolehgunaan menunjukkan bahawa W-Songket mempunyai antara muka perisian yang mudah diingati (min=4.25), mudah dipelajari dan digunakan (min=3.94), mempunyai persembahan kandungan yang baik (min=4.25), menyediakan maklum balas (min=4.30), mempunyai persembahan reka bentuk antara muka yang menarik (min=4.27), integrasi media yang sesuai (min=4.22) dan memberi kepuasan kepada pengguna (min=4.20). Penilaian kepuasan penggunaan strategi pengajaran perantisan kognitif mendapat maklum balas tahap kepuasan yang baik daripada pelajar (min=3.99). Penilaian pengesahan akhir bagi semua komponen model adalah baik (min>4.00) dan signifikan (U=22.5 , p<0.05). Hasil penilaian mengesahkan bahawa Model W-Kraf mengandungi komponen yang diperlukan bagi pembangunan perisian kursus web kraf tradisional yang berkesan. Sumbangan kajian ialah Model W-Kraf yang menggunakan strategi perantisan kognitif, reka bentuk antara muka W-Songket dan instrumen penilaian kepenggunaan.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Perisian Kursus Web Kraf | |
dc.subject | Web Kraf Tradisional | |
dc.subject | Model W-Kraf | |
dc.subject | Computer-assisted instruction | |
dc.title | Model Perisian Kursus Web Kraf Tradisional (Model W-Kraf) Mengguna Strategi Perantisan Kognitif | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 308 | |
dc.identifier.callno | QA76.9.D26 .S239 2013 3 | |
dc.identifier.barcode | 000674 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71644+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.