Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513453
Title: | Model Nilai Cipta-Sama Sistem Pengurusan Pembelajaran |
Authors: | Mohamed Nazul Ismail (P47860) |
Supervisor: | Yazrina Yahya, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Model Nilai Cipta Sistem Pengurusan Pembelajaran Information technology |
Issue Date: | 22-Aug-2013 |
Description: | Sistem pengurusan pembelajaran merupakan perkhidmatan teknologi maklumat yang boleh mengupayakan bidang pendidikan ke tahap yang lebih baik. Walau bagaimanapun terdapat kajian yang menunjukkan tahap penggunaan sistem ini masih tidak digunakan sepenuhnya. Sehingga kini sorotan kesusasteraan mendapati kebanyakan model sistem pengurusan pembelajaran menonjolkan elemen teknikal, input, proses dan output tetapi tidak ada lagi kajian yang mengambil kira elemen tidak ketara (intangible) seperti konsep nilai cipta-sama (value co-creation) dalam membangunkan model sistem pengurusan pembelajaran. Nilai cipta sama adalah koleksi nilai yang wujud ketika penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Oleh itu isu utama kajian ini adalah untuk mengkaji bagaimana konsep nilai cipta-sama boleh diterapkan dalam sebuah sistem pengurusan pembelajaran. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen nilai cipta-sama dalam sebuah sistem pengurusan pembelajaran. Objektif kedua membangunkan sebuah model nilai cipta-sama dan objektif ketiga adalah untuk menghasilkan sebuah prototaip dengan menggunakan model ini. Metodologi kajian ini bermula dengan kajian kes terhadap Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif (SPIN). Responden terdiri daripada pelajar, pensyarah dan pembuat dasar. Dalam kajian kes ini Laddering Technique digunakan untuk mengenalpasti nilai cipta-sama dengan berpandukan prinsip Service Dominant Logic (SD-L), Teori Rantaian Means-End dan Senarai nilai Rokeach. Data yang diperolehi dari Laddering Technique dianalisis menerusi perisian MECanalyst+ yang menghasilkan rajah hierarki nilai. Seterusnya pendekatan analisis konseptual terhadap sorotan kesusasteraan dalam bidang sistem pengurusan pembelajaran, nilai, nilai cipta sama dan sains perkhidmatan telah digunakan untuk menghasilkan model. Hasil dari analisis konseptual berserta dengan rajah hierarki nilai membentuk komponen bagi model yang dibangunkan. Akhir sekali, sebagai pembuktian konsep, sebuah prototaip sistem pengurusan pembelajaran dibangunkan berdasarkan model yang dibina. Sumbangan kajian ini adalah mengadaptasi Laddering Technique melalui hubungan implikasi antara fitur, atribut abstrak, tindak balas, nilai cipta-sama dan nilai akhir sehingga membentuk model nilai cipta-sama sistem pengurusan pembelajaran. Aplikasi model ini dapat meningkatkan kecenderungan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran melalui pengintegrasian sumber nilai daripada pihak berkepentingan.,PhD |
Pages: | 245 |
Call Number: | T58.5 .M566 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71632+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.