Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513449
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRozilawati Razal, Prof. Madya Dr
dc.contributor.authorMarfizah Abdul Rahman (P58727)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:36:48Z-
dc.date.available2023-10-16T04:36:48Z-
dc.date.issued2015-12-03
dc.identifier.otherukmvital:81928
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513449-
dc.descriptionPerubahan perisian merupakan fenomena yang tidak dapat dielak dalam pelaksanaan sesuatu sistem perisian. Perubahan ini terutamanya berlaku apabila terdapat penambahan dan pengubahsuaian keperluan pengguna, persekitaran atau teknologi. Perubahan keperluan boleh berlangsung semasa fasa pembangunan atau penyenggaraan sistem. Berbanding fasa pembangunan, perubahan keperluan perisian lebih sukar diurus sekiranya berlaku semasa fasa penyenggaraan kerana sistem telah beroperasi. Oleh kerana pergantungan terhadap sistem adalah tinggi semasa fasa tersebut, faktor yang mempengaruhi pelaksanaan perubahan perlu dikenal pasti dan diteliti sebelum sebarang tindakan diambil. Penilaian permintaan perubahan keperluan yang tidak mengambil kira faktor berkenaan boleh menyebabkan kegagalan sistem yang diselenggara serta memberi kesan kepada sumber dan kos. Ini menjadikan keputusan untuk menerima atau menolak permintaan perubahan keperluan yang perlu dibuat oleh Jawatankuasa Kawalan Perubahan (JKP) rumit dan berisiko. JKP seharusnya boleh melaksana analisis impak yang menyeluruh terhadap faktor yang terlibat dan menilai tahap risikonya bagi memastikan pembuatan keputusan yang tepat. Namun, keperluan ini tidak dikaji secara mendalam oleh kajian terdahulu yang akhirnya mengakibatkan pembuatan keputusan oleh JKP masih tidak terpandu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menggabung faktor berkenaan sebagai rangka kerja penilaian risiko pelaksanaan perubahan keperluan sistem perisian. Rangka kerja ini mengandungi faktor risiko yang berkaitan dengan pelaksanaan perubahan keperluan, pengukur dan penetapan tahap risiko. Di samping itu, aktiviti yang terlibat semasa pelaksanaan penilaian juga diambil kira. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah mod campuran yang menggabungkan data kualitatif serta kuantitatif. Data kualitatif ditemui melalui temu bual secara kumpulan fokus manakala data kuantitatif dikumpul melalui kajian soal selidik. Kajian ini menggunakan kaedah Analisis Kandungan untuk menganalisis data kualitatif dan pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa menggunakan perisian SmartPLS bagi data kuantitatif. Hasil kajian telah mengenal pasti lapan faktor risiko dan tiga puluh pengukuran risiko yang mempunyai tiga tahap risiko bagi setiap satunya. Tahap risiko bagi setiap pengukur seterusnya dijadikan mekanisme untuk menentukan tahap risiko pelaksanaan perubahan keperluan secara keseluruhan. Untuk menilai ketepatan rangka kerja yang dicadang, prototaip penilaian risiko terhadap pelaksanaan perubahan keperluan dibangunkan. Prototaip ini diuji melalui kajian kes yang melibatkan data daripada dua projek sistem perisian sebenar. Hasil penilaian menunjukkan rangka kerja tersebut berupaya menganggar tahap risiko pelaksanaan perubahan keperluan sebelum perubahan sebenar dilaksanakan. Rangka kerja ini boleh memandu JKP membuat keputusan yang tepat terhadap sesuatu permintaan perubahan keperluan dan seterusnya memastikan kelestarian sistem perisian yang terlibat.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectSoftware engineering -Management.
dc.titleRangka kerja penilaian risiko pelaksanaan perubahan keperluan sistem perisian
dc.typeTheses
dc.format.pages240
dc.identifier.callnoQA76.758 .M346 2015 3
dc.identifier.barcode001567
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81928+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.