Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513448
Title: Model permainan serius warisan budaya tidak ketara berasaskan pengetahuan ontologi
Authors: Wan Malini Wan Isa (P86176)
Supervisor: Nor Azan Hj. Mat Zin, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Ontologi
Permainan warisan budaya
Ontologies (Information retrieval)
Issue Date: 1-Jul-2021
Description: Warisan budaya membentuk jati diri individu dan masyarakat. Namun, generasi muda pada masa kini kurang berminat kepada warisan budaya akibat berlakunya globalisasi dan perubahan sosial. Permainan serius berpotensi dalam menyebarkan pengetahuan warisan budaya. Walau bagaimanapun, pembangunan permainan serius untuk warisan budaya tidak ketara masih lagi terhad kerana pengetahuan warisan budaya tidak ketara terutamanya kraf tembaga dipunyai serta disimpan dalam ingatan seseorang pengamal sahaja. Reka bentuk permainan serius untuk warisan budaya tidak ketara yang sedia ada tidak menekankan aspek sumber dan reka bentuk kandungan untuk permainan. Maka, reka bentuk permainan untuk warisan budaya tidak ketara perlu mengambil kira pengetahuan yang dimiliki oleh pengamal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model permainan serius untuk warisan budaya tidak ketara berasaskan pengetahuan ontologi. Objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk sebuah Model Permainan Serius Warisan Budaya Tidak Ketara Berasaskan Pengetahuan Ontologi (PS-Warisan), membangunkan pangkalan pengetahuan warisan budaya tidak ketara dan mengesah model melalui pembangunan dan penilaian prototaip permainan serius kraf tembaga (PS-Tembaga). Metodologi kajian adalah terdiri daripada metod pembentukan model yang melibatkan fasa analisis komponen model dan fasa reka bentuk model dan metod pengesahan model yang merangkumi fasa pembangunan prototaip dan fasa penilaian prototaip. Fasa analisis komponen model melibatkan aktiviti kajian kesusasteraan, kajian awal dan pemerolehan pengetahuan kraf tembaga. Fasa reka bentuk model merangkumi aktiviti reka bentuk komponen permainan serius dan komponen pangkalan pengetahuan dalam bentuk ontologi menggunakan kaedah Pembangunan Ontologi 101 (PO101). Dalam fasa pembangunan prototaip, model diimplementasi dalam prototaip PS-Tembaga. Fasa terakhir adalah penilaian prototaip permainan oleh pengguna sasaran. Hasil penilaian keberkesanan menunjukkan bahawa prototaip PS-Tembaga berkesan dalam menyampaikan pengetahuan kepada pemain. Skor ujian pasca meningkat sebanyak 52% berbanding skor ujian pra. Hasil Ujian T Sampel Berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra-pasca (p=0.000, α=0.05). Penilaian kebolehmainan dan kebolehgunaan menunjukkan bahawa prototaip PSTembaga mempunyai kebolehmainan dan kebolehgunaan yang baik. Hasil penilaian terhadap aspek jati diri menunjukkan bahawa permainan mampu meningkatkan jati diri pemain. Secara keseluruhannya, hasil penilaian menunjukkan bahawa Model PSWarisan boleh diguna secara berkesan dalam mereka bentuk dan menyampaikan kandungan permainan. Model PS-Warisan yang dihasilkan boleh diimplementasi dalam reka bentuk permainan untuk warisan budaya tidak ketara yang lain. Sumbangan kajian ini ialah Model PS-Warisan, pangkalan pengetahuan kraf tembaga, aset permainan dan reka bentuk antara muka PS-Tembaga.,Ph.D
Pages: 311
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130492+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.