Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513444
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoraidah Sahari @ Ashaari, Prof Madya Dr.
dc.contributor.authorFadillah Yassin (P48544)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:36:44Z-
dc.date.available2023-10-16T04:36:44Z-
dc.date.issued2013-09-05
dc.identifier.otherukmvital:71592
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513444-
dc.descriptionPerkongsian pengetahuan adalah satu proses memindahkan satu pengetahuan sama ada tasit atau eksplisit bukan sahaja kepada seseorang individu tetapi kepada kumpulan individu yang besar. Di Malaysia, kajian lepas tentang perkongsian pengetahuan kebanyakannya tertumpu kepada organisasi perniagaan dan lebih fokus kepada usaha untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pekerja untuk berkongsi pengetahuan bagi meningkatkan keuntungan. Kajian tentang perkongsian pengetahuan dalam institusi pendidikan masih lagi terhad dan kebanyakannya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi. Akibatnya, terdapat kurang maklumat mengenai perkongsian pengetahuan dalam persekitaran akademik terutama di sekolah menengah atau rendah. Bagi memenuhi lompang ini, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti serta menghuraikan secara statistik faktor yang signifikan yang melibatkan penggunaan ICT dalam perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru serta menyumbangkan kerangka kerja yang sesuai. Bagi memenuhi matlama, kajian ini cuba menerapkan kedua-dua teori perkongsian pengetahuan dan juga teori sistem maklumat; beserta 11 objektif kajian dan 17 hipotesis untuk diuji. Kerangka kerja yang dibangunkan berdasarkan Model Fit Viability Theory dan Technology Acceptance Model menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang ditadbir sendiri dan protokol temu bual untuk mengumpul data. Item soal selidik diedar kepada 400 responden di 20 sekolah menengah di sepuluh daerah dalam negeri Perak bagi memperoleh data kuantitatif menggunakan persampelan rawak berlapis. Kajian dijalankan mulai 7 November 2011 hingga 29 Februari 2012. Sebanyak 388 (97.0%) soal selidik dikembalikan dan 384 (93.3%) boleh diguna. Bagi mengesahkan dapatan yang diperoleh dari analisis kuantitatif, kajian ini mengguna pendekatan kualitatif yang melibatkan sembilan orang pakar bidang yang bersetuju untuk memberi kerjasama dalam kajian. Data soal selidik ini dianalisis menggunakan pendekatan Model Persamaan Berstruktur ataupun Structural Equation Modeling (SEM) yang melibatkan aplikasi AMOS v.19. Analisis deskriptif juga dilakukan terhadap data dengan menggunakan aplikasi SPSS v20. Dapatan kajian menunjukkan (i) signifikan tugasan, manfaat diterima, faktor penerimaan ICT, budaya sekolah, sokongan pemimpin, pengaruh sosial dan polisi KPM mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tingkah laku hasrat penggunaan ICT, (ii) pelbagai kemahiran tugasan, maklum balas tugasan, kesediaan, kepercayaan, personaliti, infrastruktur ICT, celik ICT, struktur sekolah serta ganjaran dan penghargaan tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tingkah laku hasrat penggunaan ICT, (iii) tingkah laku hasrat penggunaan ICT mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tingkah laku sebenar penggunaan ICT. Pada keseluruhannya, Kerangka Kerja Penggalakan ICT dalam Perkongsian Pengetahuan Dalam Kalangan Guru di Malaysia (PICTPP) merupakan model fit yang disokong oleh data empirikal dan disahkan secara statistik melalui indeks kesepadanan model. Kekuatan kajian ini tertumpu kepada kesesuaian kerangka yang dibangunkan kerana ianya merupakan model yang pertama dibangunkan untuk guru di Malaysia. Ia bukan sahaja dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merancang aktiviti atau pendedahan yang boleh menggalakkan penggunaan ICT dalam perkongsian pengetahuan malah dapat menerapkan budaya perkongsian pengetahuan menggunakan ICT dalam kalangan warga pendidik.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectPenggalakan ICT
dc.subjectPerkongsian Pengetahuan ICT
dc.subjectICT Kalangan Guru Di Malaysia
dc.subjectKnowledge management
dc.titleKerangka Kerja Penggalakan Ict Dalam Perkongsian Pengetahuan Dalam Kalangan Guru Di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages281
dc.identifier.callnoHD30.2 .F334 2013 3
dc.identifier.barcode000616
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71592+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.