Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513430
Title: Rangka kerja untuk menentukan keberkesanan kaedah pentaksiran pencapaian pelajar menggunakan algoritma pengelompokan subtraktif kabur C-min dan model Rasch
Authors: Tengku Zatul Hidayah Tengku Petra (P69960)
Supervisor: Mohd Juzaiddin Ab. Aziz, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Pentaksiran pencapaian pelajar
Material technology course
Issue Date: 20-May-2021
Description: Kaedah pentaksiran pencapaian pelajar adalah penting terutamanya dalam revolusi Industri 4.0 kerana permintaan pasaran yang kompetitif. Pendekatan biasa untuk mendapatkan markah akhir hasil pembelajaran pelajar secara keseluruhan ialah dengan mempuratakan markah semua komponen pentaksiran. Purata markah bagi komponen pentaksiran tidak mampu menggambarkan pencapaian pelajar kerana setiap komponen tersebut mempunyai tujuan pengukuran berbeza yang diwujudkan untuk menguji hasil pembelajaran yang berbeza dari segi tahap pencapaian kemahiran, pengetahuan dan sikap. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan rangka kerja yang boleh mengukur keberkesanan pelbagai kaedah pentaksiran pencapaian pelajar sedia ada. Rangka kerja tersebut terdiri daripada beberapa proses analisis kaedah pentaksiran pencapaian pelajar untuk mengesahkan kriteria-kriteria keberkesanan daripada segi kualiti instrumen dan pencapaian pelajarnya. Bagi mengukur pencapaian pelajar, beberapa teknik perkomputeran lembut seperti sistem inferens kabur, sistem inferens kabur neuro adaptif, algoritma pengelompokan kabur C-min (FCM), pengelompokan subtraktif, FCM pemberat entropi dan regresi linear dibangunkan dan dibandingkan bagi mendapatkan teknik yang paling sesuai digunakan untuk mengukur pencapaian akademik dan personaliti pelajar. Keputusan eksperimen melalui dapatan hasil ketepatan tertinggi iaitu 85% dan nilai skor-F ialah 82.7% menunjukkan bahawa gabungan algoritma pengelompokan Subtraktif Kabur C-Min dan Regresi Linear dengan dua pemboleh ubah tidak bersandar (ScFCMLR2) adalah yang paling sesuai digunakan. Untuk mengukur kualiti instrumen pentaksiran, kaedah statistik seperti Cronbach-α yang mengukur kebolehpercayaan, korelasi atribut dan teori model Rasch digunakan. Hasil pengukuran pencapaian pelajar dan penilaian kualiti instrumen ini digunakan untuk menentukan keberkesanan kaedah pentaksiran pencapaian pelajar yang digunakan oleh program pengajian.,Ph.D
Pages: 229
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130617+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.