Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513429
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Dalbir Singh, Prof. Madya. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Hazwani Nordin (P72283) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:36:35Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:36:35Z | - |
dc.date.issued | 2020-03-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130616 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513429 | - |
dc.description | Reka bentuk antara muka memainkan peranan penting dalam menggalakkan penglibatan pelajar ke arah sistem pembelajaran elektronik (e-pembelajaran). Pelajar dari latar belakang budaya yang berbeza mempunyai pilihan, jangkaan dan keperluan yang berbeza terhadap reka bentuk antara muka e-pembelajaran. Reka bentuk antara muka yang memenuhi keperluan pelajar boleh meningkatkan penyertaan dan kepuasan pelajar terhadap e-pembelajaran terutamanya pelajar generasi Z. Namun, reka bentuk antara muka sering dikritik dan merupakan antara masalah yang menyumbang kepada kegagalan penggunaan e-pembelajaran. Walaupun terdapat beberapa model sedia ada yang telah menggunakan budaya sebagai tunjang utama dalam mereka bentuk antara muka tetapi ia lebih memfokuskan kepada budaya negara dan tidak menjurus kepada budaya pengguna sasaran. Akibatnya, reka bentuk antara muka yang lemah serta tidak menepati keinginan pelajar merupakan isu utama yang menyebabkan penyertaan pelajar yang rendah dalam e-pembelajaran. Bagi memastikan penyertaan berterusan, pembangun e-pembelajaran memerlukan sebuah model antara muka yang khusus untuk pelajar generasi Z sebagai garis panduan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah model reka bentuk antara muka e-pembelajaran berdasarkan budaya pelajar generasi Z di Malaysia. Kajian ini dilaksana bagi mencapai objektif kajian iaitu mengenal pasti elemen antara muka e-pembelajaran yang sesuai untuk pelajar generasi Z di Malaysia dan mengenal pasti ciri-ciri reka bentuk antara muka pilihan pelajar generasi Z Malaysia dengan model budaya. Selain itu, objektif kajian melibatkan pembangunan model reka bentuk antara muka e-pembelajaran yang mengandungi faktor budaya dan juga mengesahkan model yang dicadangkan melalui penilaian pakar dan pengujian prototaip oleh pelajar generasi Z. Kaedah kajian yang diguna dalam penyelidikan ini adalah dengan menjalankan kajian susastera dan kajian empirikal iaitu temu bual kumpulan fokus dan soal selidik dalam kalangan pelajar generasi Z. Hasil kajian ini menunjukkan 14 elemen reka bentuk antara muka epembelajaran iaitu warna, grafik, tipografi, navigasi, reka letak, audio video, 'header', 'footer', pengumuman, butang carian, ruang sembang, FAQ dan lain-lain perlu ada ketika membangunkan antara muka e-pembelajaran untuk pelajar generasi Z. Model reka bentuk antara muka ini boleh dijadikan panduan oleh pembangun antara muka untuk membangunkan reka bentuk antara muka e-pembelajaran khususnya untuk pelajar generasi Z di Malaysia.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | E-pembelajaran | - |
dc.subject | Generasi Z | - |
dc.subject | Education | - |
dc.subject | Higher -- Computer-assisted instruction | - |
dc.title | Model reka bentuk antara muka e-pembelajaran berasaskan budaya dalam kalangan pelajar generasi z | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 280 | - |
dc.identifier.barcode | 005873(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130616+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.