Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513428
Title: Model latihan kemahiran kreatif untuk reka bentuk permainan digital
Authors: Raudyah Md Tap (P94662)
Supervisor: Nor Azan Hj Mat Zin, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Permainan digital
Electronic games
Issue Date: 26-Apr-2021
Description: Populariti permainan digital semakin meningkat pada masa kini dengan nilai pasaran global sebanyak RM197.6 bilion. Malaysia berhasrat menjadi hab pembangunan permainan digital di Asia. Walau bagaimanapun, permainan yang dihasilkan masih tidak mampu memberi impak, mungkin kerana tiada penekanan terhadap proses mereka bentuk permainan dalam program pendidikan pembangunan permainan. Reka bentuk permainan masih mempunyai masalah dari aspek kreativiti dan masih tiada kaedah khusus melatih pemikiran kreatif. Pereka permainan juga memerlukan satu model yang dapat membantu penghasilan produk inovatif. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Model Latihan Kemahiran Kreatif untuk Reka Bentuk Permainan Digital Digital (LK2RBPD) yang disahkan melalui prototaip Game Design Document Tool (GDD Tool). Model LK2RBPD mengandungi elemen daripada amalan industri reka bentuk permainan, penerapan kemahiran berfikir kreatif dan inovatif, dimensi kreativiti, teori kreativiti Sternberg dan teori Aktiviti Sosio-budaya. Kajian ini mengguna kaedah Pembangunan Aplikasi Pantas (Rapid Agile Development, RAD) yang merangkumi fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa pengujian. Data dikumpul melalui kajian literatur, temu bual, analisis dokumen, tinjauan persepsi mengguna soal selidik dan pemerhatian. Dalam fasa analisis keperluan komponen Model LK2RBPD telah dikenal pasti. Manakala dalam fasa reka bentuk pengesahan komponen dan reka bentuk Model LK2RBPD dibuat. Pembangunan prototaip dan hasil pengujian prototaip diperolehi daripada fasa pembangunan. Seterusnya dalam fasa pelaksanaan penggunaan prototaip dilaksanakan, manakala dalam fasa pengujian tinjauan persepsi menggunakan soal selidik, analisis SWOT dan penilaian pembinaan idea kreatif dalam prototaip GDD Tool diperolehi. Instrumen kajian ialah skedul temu bual, senarai semak pakar dan soal selidik penerapan komponen Model LK2RBPD. Pengesahan pakar terhadap komponen Model LK2RBPD mengguna peratus persetujuan kebolehpercayaan antara penilai (Inter Rater Reliability) adalah 94.7%. Hasil penilaian Model LK2RBPD menunjukkan bahawa prototaip GDD Tool boleh diguna untuk menerapkan 19 komponen (kepintaran, gaya berfikir, motivasi, personaliti, pengalaman, genre permainan, persekitaran, jalan cerita, hubung kait, mensintensis, imitasi, analisis permainan, menjana idea, mereka cipta, playcentric, matlamat, peraturan, komuniti dan agihan tugas) model dengan baik (min=4.24). Pengesahan pakar terhadap hasil idea reka bentuk permainan dan pembinaan kreativiti menggunakan pengiraan Cohen Kappa adalah 0.94 iaitu persetujuan yang sangat baik. Hasil penilaian menunjukkan bahawa Model LK2RBPD boleh diguna secara berkesan untuk melatih kreativiti dalam mereka bentuk permainan. Sumbangan penyelidikan ini ialah Model LK2RBPD, garis panduan proses ideasi reka bentuk permainan kreatif serta reka bentuk prototaip GDD Tool.,Ph.D
Pages: 301
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130615+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.