Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513423
Title: Model interaksi multi sentuhan dan suara kanak-kanak untuk pembelajaran aktif
Authors: Nor Hidayah Hussain (P75144)
Supervisor: Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Interaksi multi sentuhan
Pembelajaran aktif
Early childhood education
Issue Date: 27-Aug-2020
Description: Gerak isyarat multi sentuh merupakan salah satu input antara muka multimodal yang mendapat perhatian kanak-kanak kerana menawarkan interaksi semula jadi. Namun begitu, kajian mendapati reka bentuk antara muka pengguna peranti sentuhan gagal mempertimbang keupayaan dan keperluan khusus kanak-kanak prasekolah menyebabkan mereka menghadapi masalah ketika berinteraksi dengan gerak isyarat zum masuk, putaran dan zum keluar. Ini menjejas kefahaman kanak-kanak dalam menguasai konsep pembelajaran serta menghalang berlakunya proses pembelajaran aktif. Kajian awal menunjukkan cara pelaksanaan gerak isyarat oleh kanak-kanak adalah tidak betul kerana mereka tidak mematuhi dan tidak memahami cara pelaksanaan yang sebenar. Mereka mengharap bimbingan praktikal orang dewasa kerana keliru dengan arahan visual daripada sistem yang tidak jelas, serta maklum balas visual yang lambat. Malah, kanak-kanak mempunyai pembangunan kemahiran yang terhad untuk menggabung kemahiran visual dan motor yang diperlukan semasa interaksi. Oleh itu, kajian ini membangun model interaksi multi sentuhan dan suara kanak-kanak dalam pembelajaran aktif. Kajian ini dijalankan mengguna pendekatan reka bentuk berpusatkan kanak-kanak yang mempunyai empat fasa iaitu, analisis, reka bentuk, pembangunan dan penilaian. Fasa analisis menggunakan dua kaedah iaitu pemerhatian dan eksperimen Wizard-of-Oz (Woz) menghasilkan senarai keupayaan interaksi kanak-kanak yang terdiri daripada sembilan aspek keupayaan interaksi. Fasa ini turut menghasilkan satu model konseptual gerak isyarat multi sentuh bagi sistem interaksi multimodal. Model konseptual mencadangkan pembangunan arahan video interaktif dan maklum balas visual yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak bagi menangani kekeliruan terhadap cara pelaksanaan multi sentuh dan kebergantungan terhadap bimbingan praktikal. Selain itu, penyediaan mod berbeza iaitu input suara dapat membantu keterbatasan kemahiran kanak-kanak melalui kawalan manual tangan yang minimum serta bersifat semula jadi. Seterusnya, telusuran kognitif dijalankan pada fasa reka bentuk untuk menilai kebolehgunaan antara muka prototaip fideliti pertengahan yang dibangun. Hasil kajian adalah model interaksi multi sentuhan dan suara yang mengandungi sembilan aspek keupayaan interaksi sentuhan serta dua keupayaan interaksi suara. Pengujian prototaip dikendali menggunakan kaedah pemerhatian dan tinjauan bersemuka bersama 24 orang kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Pengujian akhir bertujuan mendapatkan pencapaian interaksi kanak-kanak sebelum dan selepas penambahbaikan prototaip, serta kebergunaan video interaktif dan input suara. Hasil analisis menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian interaksi bagi setiap gerak isyarat multi sentuh. Pembangunan video interaktif dan input suara mudah diguna dan dipelajari oleh kanak-kanak. Sumbangan utama kajian adalah model interaksi multi sentuhan dan suara, dan dua sumbangan sampingan iaitu senarai keupayaan interaksi sentuhan dan suara kanak-kanak, serta kaedah input suara bagi pelaksanaan gerak isyarat multi sentuh.,Ph.D
Pages: 263
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130491+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.