Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513413
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Prof. Madya. Dr. | |
dc.contributor.author | Nadia Akma Ahmad Zaki (P74200) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:36:24Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:36:24Z | - |
dc.date.issued | 2021-04-12 | |
dc.identifier.other | ukmvital:130139 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513413 | - |
dc.description | Permainan serius dalam konteks terapi berpotensi menyedia manfaat dalam rawatan pemulihan kanak-kanak lambat bertutur dan berbahasa (KKLBB) yang mempunyai kelewatan perkembangan kognitif. Kajian awal mendapati KKLBB memerlukan rangsangan dari lapan aspek kognitif khusus membantu perkembangan bahasa dan pertuturan mereka. Rawatan pemulihan dan terapi memfokuskan kognitif dan linguistik disarankan kepada KKLBB seawal mungkin. KKLBB lazimnya hanya menjalani terapi pertuturan secara konvensional namun dengan peningkatan kes saban tahun, kekurangan juruterapi serta masalah yang dialami KKLBB semasa sesi terapi menyebabkan keperluan klinikal mereka tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Walaupun terdapat teknologi interaktif dibangunkan untuk membantu KKLBB namun tiada yang khusus untuk merangsang kognitif mereka. Penggunaan permainan serius terapeutik didapati berkesan untuk pemulihan kognitif kanak-kanak namun kajian yang fokus kepada KKLBB adalah terhad. Kajian yang menggunakan permainan serius untuk merangsang kognitif kanak-kanak normal dan kelainan upaya juga masih tidak memberi fokus kepada semua aspek kognitif yang diperlukan oleh KKLBB. Oleh itu kajian ini membangun model reka bentuk permainan serius terapeutik untuk merangsang kognitif KKLBB (CoSti-TSgD). Kajian ini dijalankan mengguna pendekatan reka bentuk berpusat-pengguna yang melibatkan empat fasa iaitu, analisis, reka bentuk, pembangunan dan penilaian. Pada fasa analisis, kajian kesusasteraan dan temu bual bersama enam pakar bidang patologi pertuturan dijalankan. Seterusnya, kedua-dua analisis daripada kajian kesusasteraan dan temu bual digabung, menghasilkan satu set garis panduan reka bentuk permainan serius terapeutik untuk KKLBB yang memfokus kepada rangsangan kognitif. Model konseptual kajian turut dihasilkan pada akhir fasa ini yang berguna untuk pembangunan permainan serius bagi merangsang kognitif KKLBB. Pada fasa reka bentuk pula, dokumen reka bentuk permainan disedia dan diguna untuk mereka bentuk prototaip fideliti rendah diikuti pembangunan prototaip fideliti pertengahan ASAH-i. Pemeriksaan reka bentuk antara muka prototaip dijalankan oleh tujuh orang pakar melalui penilaian heuristik yang mana hasil maklum balas daripadanya digunakan untuk menambah baik reka bentuk prototaip. Model CoSti-TSgD dibangunkan mengandungi empat perspektif utama iaitu pemain, permainan, terapeutik dan kebolehgunaan. Berdasarkan model CoSti- TSgD, prototaip fideliti tinggi ASAH-i dibangunkan. Pada fasa terakhir, pengujian kebolehgunaan terhadap prototaip ASAH-i dijalankan oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada enam KKLBB dan enam kanak-kanak normal mewakili dua kumpulan menggunakan kaedah pemerhatian dan think-aloud. Hasil analisis mendapati reka bentuk prototaip mudah digunakan dan dipelajari, serta dapat digunakan dengan cekap oleh kebanyakan peserta. Peserta turut memberi respon dan mempamerkan bahasa badan yang positif, serta kelihatan bermotivasi ketika bermain. Ini menunjukkan kebolehgunaan prototaip ASAH-i adalah tinggi berdasarkan tiga komponen iaitu keberkesanan, kecekapan dan kepuasan. Sumbangan utama kajian ini berupa model CoSti-TSgD. Selain sumbangan sampingan seperti senarai tujuan dan sasaran pengguna permainan serius terapeutik, klasifikasi permainan serius untuk merangsang kognitif, garis panduan reka bentuk permainan serius terapeutik, dan instrumen penilaian heuristik.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Kanak-kanak lambat bertutur dan berbahasa | |
dc.subject | Terapeutik | |
dc.title | Model reka bentuk permainan serius terapeutik untuk merangsang kognitif kanak-kanak lambat bertutur dan berbahasa | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 308 | |
dc.identifier.barcode | 005862(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130139+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.