Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513411
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoraidah Sahari@Ashaari, Prof. Madya. Dr.
dc.contributor.authorKairulanuar Ab Kadir (P84496)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:36:22Z-
dc.date.available2023-10-16T04:36:22Z-
dc.date.issued2021-03-03
dc.identifier.otherukmvital:130137
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513411-
dc.descriptionMedia sosial merupakan alat penting dalam perkongsian maklumat yang dapat menyebar maklumat dengan segera berbanding media arus perdana tradisional. Sarjana Islam juga menggunakan media sosial bagi tujuan dakwah untuk mendekati belia khususnya kerana sifat mereka yang celik digital. Namun demikian, tidak semua hantaran maklumat di media sosial berwibawa. Maklumat Islam yang tidak sahih dikhuatiri merosakkan akidah belia Muslim yang kurang matang dan bergantung kepada media sosial untuk mencari maklumat Islam yang diperlukan. Kajian ini bertujuan membangunkan model kewibawaan maklumat Islam di media sosial bagi belia Muslim, bagi membantu belia Muslim meningkatkan kemahiran pemikiran kritis menilai maklumat Islam berwibawa dengan berkesan. Kajian menggunakan pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan untuk membangunkan model melalui tiga fasa utama iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan model serta kebolehlaksanaan model. Fasa analisis keperluan dilaksana melalui sorotan kepustakaan komprehensif dan ulasan pakar domain bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan pembinaan dan kandungan model. Fasa kedua menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) untuk membangun model berdasarkan konsensus 15 orang panel pakar. Dapatan dan keutamaan faktor dan indikator yang dipersetujui oleh panel pakar mendorong kepada pembangunan prototaip sistem sebagai bukti konsep. Fasa ketiga melibatkan dua kumpulan fokus pengguna bagi menilai kebolehlaksanaan model melalui kaedah tinjauan soal selidik. Dapatan fasa pertama menunjukkan persepsi positif hasil tinjauan soal selidik dan ulasan pakar terhadap faktor yang diperlukan untuk menilai maklumat Islam berwibawa di media sosial. Dapatan daripada fasa kedua pula menghasilkan model kewibawaan maklumat Islam di media sosial yang mengandungi tiga dimensi utama, 12 faktor dan 42 indikator kewibawaan maklumat Islam yang disah dan diberi keutamaan. Hasil indikator diguna untuk membangunkan bukti konsep melalui prototaip sistem yang berpotensi menilai maklumat Islam berwibawa secara masa nyata. Selanjutnya, dapatan fasa ketiga memperlihatkan kebolehlaksanaan model berada pada tahap sesuai dan boleh digunakan berdasarkan nilai skor min penerimaan yang tinggi. Hasil kajian adalah faktor dan indikator kewibawaan maklumat Islam yang sah dan boleh dimanfaat belia Muslim untuk menentukan kesahihan mesej dan sumber maklumat Islam di media sosial. Kajian menyumbang kepada domain kewibawaan maklumat Islam berasaskan beberapa teori dan model kewibawaan maklumat yang relevan, selain membangun prototaip sistem sebagai alat sokongan meningkatkan kemahiran menilai maklumat oleh belia Muslim.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectMedia sosial
dc.subjectMaklumat islam
dc.titleModel kewibawaan maklumat Islam di media sosial bagi belia muslim
dc.typeTheses
dc.format.pages411
dc.identifier.barcode005863(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130137+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.