Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513407
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRozilawati Razali, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohamed Hairul Othman (P88507)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:36:20Z-
dc.date.available2023-10-16T04:36:20Z-
dc.date.issued2021-08-28
dc.identifier.otherukmvital:130069
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513407-
dc.descriptionPerkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah meningkatkan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan E-kerajaan. Menyedari kepentingan ini, pelbagai inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan bagi memastikan perkhidmatan E-kerajaan terus relevan serta menepati kehendak sebenar rakyat dan perniagaan. Namun begitu, isu yang timbul dalam pelaksanaan E-kerajaan menjadi punca kepada kemerosotan tahap kepercayaan rakyat serta menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Menurut kajian terdahulu, isu ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya kegagalan integrasi antara perkhidmatan serta pertindanan fungsi antara agensi yang menimbulkan kerenah birokrasi. Isu ini akan dapat diatasi dengan mewujudkan platform perkhidmatan Ekerajaan bersepadu yang berasaskan kepada integrasi antara perkhidmatan. Walau bagaimanapun, integrasi hanya berlangsung dengan memperkukuh kolaborasi bersama pihak terbabit. Antara strategi yang digunakan bagi memperkukuh kolaborasi adalah menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan. Namun begitu, tiada garis panduan lengkap berkenaan pendekatan keseluruhan kerajaan yang boleh dijadikan panduan bagi memperkukuh kolaborasi rentas agensi dan menyelesaikan isu integrasi antara perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi membangunkan panduan kolaborasi yang memfokuskan kepada pendekatan keseluruhan kerajaan. Kajian berbentuk kualitatif diadaptasi dalam kajian ini. Kajian kualitatif terdiri daripada empat fasa iaitu kajian teoritikal, kajian empirikal peringkat pertama, pembangunan dan kajian empirikal peringkat kedua. Kajian teoritikal dilaksanakan menerusi kajian literasi daripada kajian terdahulu, manakala kajian empirikal peringkat pertama dilaksanakan sebagai lanjutan daripada kajian teoritikal menerusi temu bual bersama sembilan informan dan temu bual kumpulan fokus. Data kajian teoritikal dianalisis menggunakan kaedah analisis kritikal manakala data kajian empirikal dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Data tersebut dikelaskan mengikut faktor dan elemen. Faktor dan elemen kemudiannya digabung dan dihubung bagi membangunkan kerangka. Seterusnya penilaian pakar dan kajian kes dilaksanakan bagi menilai kesesuaian dan kebolehgunaan kerangka. Penilaian pakar melibatkan temu bual bersama tiga pakar manakala dua kajian kes dilaksanakan ke atas kes senario yang berbeza. Hasil penilaian menunjukkan kerangka strategi kolaborasi perkhidmatan Ekerajaan bersepadu menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan ini boleh digunakan sebagai panduan dalam membina strategi kolaborasi rentas agensi ke arah pembentukan perkhidmatan E-kerajaan bersepadu.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectE-kerajaan
dc.subjectStrategi kolaborasi rentas agensi
dc.subjectCross-agency collaboration strategy
dc.subjectElectronic government information
dc.titleKerangka strategi kolaborasi perkhidmatan kerajaan elektronik bersepadu menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan
dc.typeTheses
dc.format.pages266
dc.identifier.barcode005864(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130069+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.