Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513405
Title: Model penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan berasaskan pemikiran komputasional (C-Think)
Authors: Karimah Mohd Yusoff (P92890)
Supervisor: Noraidah Sahari@Ashaari, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Pemikiran Komputasional (PK) C-Think
Fuzzy Delphi
Defuzzification
Issue Date: 15-Jul-2021
Description: Penguasaan kursus pengaturcaraan pengenalan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk meneruskan kursus pengaturcaraan lanjutan. Namun, kesukaran pembelajaran dan kegagalan kursus pengaturcaraan pengenalan lazimnya berlaku dalam kalangan pengatur cara novis. Kajian awal mendapati bahawa pengatur cara novis kekurangan strategi untuk membuat penyelesaian dan masih memerlukan bimbingan. Model penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan sedia ada tidak menyediakan komponen dan elemen yang dapat membimbing pengatur cara novis dalam melaksana penyelesaian. Kajian ini bertujuan untuk membangun model penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan berasaskan Pemikiran Komputasional (PK) C-Think. Pembinaan model ini bertujuan untuk melihat bagaimana komponen dan elemen PK diintegrasi untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan bagi mengurangkan beban kognitif pelajar. Kajian menggunakan kaedah Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang diperkenalkan oleh Ritchey dan Klein. Kajian melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Fasa pertama melibatkan sorotan literatur untuk mengenal pasti komponen PK bagi pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan dan tinjauan kesukaran pembelajaran pengaturcaraan serta keperluan kemahiran PK. Fasa kedua adalah reka bentuk dan pembangunan model yang melibatkan komponen dan elemen PK manakala fasa ketiga adalah penilaian kebolehlaksaan model. Fasa analisis mendapati 14 komponen utama mewakili enam kemahiran, tiga dimensi dan lima pendekatan. Dapatan kaji selidik menunjukkan kesukaran pembelajaran sebagaimana literatur manakala min keperluan kemahiran PK adalah tinggi. Reka bentuk model melibatkan pandangan dan keputusan 15 pakar untuk mengesahkan 14 komponen dan 35 elemen menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Data dianalisis untuk menentukan kesepakatan pakar berdasarkan nilai ambang (d) dan peratus kesepakatan. Keputusan penerimaan pakar adalah berdasarkan nilai defuzzification. Kesepakatan pakar tercapai apabila nilai ambang tidak melebihi 0.2 dan peratusan kesepakatan melebihi 75%, sementara nilai defuzzification melebihi 0.5. Model dibangun dengan menyusun komponen dan elemen mengikut langkah penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan berpandukan taksonomi PK. Fasa ketiga adalah penilaian kebolehlaksanaan model yang dinilai oleh 14 tenaga pengajar pakar. Data dianalisis secara deskriptif untuk menentukan min skor. Dapatan menunjukkan min skor kebolehlaksanaan adalah tinggi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa model penyelesaian masalah yang mengintegrasikan komponen dan elemen PK sesuai diguna sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan khususnya untuk kursus pengaturcaraan pengenalan.,Ph.D
Pages: 300
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130040+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.