Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513399
Title: | Pengkelasan keterbelitan bagi sistem tiga qubit mengguna model operator transformasi unitari setempat SU (2) dan SU (4) |
Authors: | Siti Munirah Mohd (P63069) |
Supervisor: | Bahari Idrus, Dr. |
Keywords: | Quantum theory Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Apr-2017 |
Description: | Konsep keterbelitan merupakan teras penting bagi komputer quantum khususnya dalam bidang maklumat quantum. Keterbelitan merupakan fenomena fizikal yang menghubungkan sepasang atau sekumpulan zarah yang saling berinteraksi tanpa mempertimbangkan jarak antara zarah tersebut. Sistem quantum yang mengguna konsep keterbelitan terbahagi kepada dua jenis iaitu sistem dua qubit dan sistem multiqubit. Dengan adanya keterbelitan, proses penghantaran maklumat menjadi lebih cepat kerana penghantaran dilakukan secara serentak dalam tempoh masa yang singkat. Konsep keterbelitan banyak diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti teleportasi, pengekodan super tumpat dan kriptografi quantum. Sehingga kini, kajian keterbelitan menjurus kepada pengukuran dan pengkelasan keterbelitan dalam sistem multiqubit. Pengkelasan sistem dua qubit hanya menentukan keadaan quantum terbelit atau terpisahkan. Sebaliknya, pengkelasan tiga qubit terbahagi kepada tiga iaitu keadaan sepenuhnya terpisahkan, keadaan dwi-terpisahkan dan keadaan terbelit asli. Pengkelasan dilakukan untuk memudahkan pengecaman ciri-ciri keadaan quantum mengikut kelas yang ditentukan. Objektif utama kajian ini ialah mengkelas keterbelitan bagi keadaan tulen tiga qubit mengguna model operator transformasi unitari setempat yang melibatkan kumpulan unitari istimewa, dan . Model ini menggabungkan operator dan dan melakukan transformasi ke atas keadaan tulen terpisahkan sepenuhnya dengan perubahan parameter tertentu dalam kedua-dua operator tersebut. Dengan mengguna model ini, suatu keadaan quantum dapat ditentukan jenis kelasnya dibawah pengkelasan unitari setempat. Pengkelasan keterbelitan keadaan quantum dimulakan dengan membangunkan model operator yang menggabungkan operator dan . Model operator melakukan transformasi ke atas keadaan tulen terpisahkan sepenuhnya dengan perubahan julat gabungan dua parameter daripada enam parameter yang dipilih berdasarkan 18 parameter sedia ada. Model operator dibangunkan mengguna perisian MATHEMATICA 10.3 dan dievolusi dengan perubahan masa tertentu. Merujuk kepada teori tranformasi unitari setempat, apabila satu operator unitari setempat ditindakkan ke atas keadaan quantum, operator unitari setempat akan mengekalkan ciri keadaan quantum sebelum dan selepas transformasi. Namun demikian, dalam kajian ini didapati bahawa keadaan tulen terpisahkan sepenuhnya berubah kepada kelas keterbelitan yang lain di bawah pengkelasan unitari setempat selepas transformasi dilakukan oleh model gabungan operator dan . Ini disebabkan oleh perubahan julat sudut pada dua parameter yang dipilih dan jenis penjana matriks Gell-Mann iaitu dan yang digunakan dalam pemparameteran . Kesimpulannya, gabungan operator dan dengan dua parameter dipilih akan mengubah kelas keadaan quantum daripada keadaan tulen terpisahkan sepenuhnya kepada keadaan dwiiterpisahkan dan keadaan terbelit asli selepas transformasi gabungan operator dan dilakukan.,Ph.D.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 143 |
Call Number: | QC174.12.S537 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122219+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 25.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.