Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513397
Title: Rangka kerja permainan Massive Multiplayer on Lone Role Playing Game (MMORPG) berasaskan gaya pembelajaran untuk pembelajaran rangkaian komputer
Authors: Mercy Trinovianti Mulyadi (P52866)
Supervisor: Nor Azan Mat Zin, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Computer networks -- Study and teaching
Computer games
Issue Date: 20-Feb-2019
Description: Penggunaan rangkaian komputer yang meluas dan permintaan yang tinggi untuk kemahiran rangkaian komputer dalam perniagaan dan industri menyebabkan kursus Rangkaian Komputer semakin popular di institusi pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, pembelajaran konvensional tidak berjaya membina kefahaman dan skil berkaitan pada tahap yang dijangka. Pencapaian pelajar untuk kursus rangkaian komputer menunjukkan penurunan yang ketara. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa majoriti pelajar merasakan pengajaran tidak menepati gaya pembelajaran mereka maka kebosanan menjadi penyebab utama pencapaian menurun. Oleh itu kajian ini bermatlamat untuk meneliti keberkesanan penggunaan permainan yang direka bentuk berasaskan gaya pembelajaran dalam memotivasi dan membantu pembelajaran kursus Rangkaian Komputer. Objektif kajian ini ialah untuk membangunkan rangka kerja pembelajaran kursus Rangkaian Komputer menggunakan permainan atas talian yang mengambil kira gaya pembelajaran, mengimplementasikan rangka kerja dengan membangunkan permainan dan mengesahkan rangka kerja dengan menilai keberkesanan dan kebolehgunaan permainan. Kaedah kajian meliputi lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa implementasi dan fasa penilaian. Sebuah prototaip permainan IPGame yang menggunakan teori konstruktivism, teori pembelajaran dewasa, teori flow, teori kelekaan dan teknik scaffolding dihasilkan. Manakala gaya pembelajaran yang digunakan ialah dan . Permainan IPGame memfokus kepada topik Pengalamatan IP untuk pelajar tahun 3. Keberkesanan IPGame diukur melalui penilaian formatif dan summatif. Penilaian formatif mengukur penerimaan IPGame berdasarkan konstruk konsentrasi, matlamat jelas, maklum balas, cabaran, kawalan, penghayatan, interaksi sosial dan penambahbaikan pengetahuan. Hasil penilaian formatif mendapati skor min semua konstruk adalah tinggi (min = 3.89 dari maksima 5.00). Penilaian summatif dijalankan melalui eksperimen separa menguji konstruk keberkesanan, kebolehbelajaran, kemudahgunaan, keanjalan dan kelekaan. Sampel kajian terdiri daripada kumpulan eksperimen yang belajar menggunakan permainan reka bentuk gaya pembelajaran yang sepadan dan kumpulan kawalan belajar menggunakan permainan reka bentuk gaya pembelajaran tidak sepadan. Hasil kajian menunjukan terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian pelajar tetapi tiada perbezaan pencapaian yang signifikan antara kedua gaya pembelajaran. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukan IPGame berjaya memotivasikan pelajar, mempunyai antara muka yang menarik dan mesra pengguna, mempunyai reka bentuk interaktif dan senang digunakan. Sumbangan kajian ini adalah: (i) rangka kerja KK-IPGame, (ii) model kitar hayat pembangunan perisian KH-IPGame; (iii) reka bentuk antara muka dan reka bentuk interaksi permainan IPGame, (iv) reka bentuk pengujian permainan IPGame (MADKB, MADKM, MADKA MADKL) dan (v) model perancah.,Ph.D.
Pages: 254
Call Number: TK5105.5.M437 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122141+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
4.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.