Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513395
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zawiyah Mohammad Yusof, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Erizamsha Hassan (P76457) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:36:12Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:36:12Z | - |
dc.date.issued | 2019-06-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:122140 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513395 | - |
dc.description | Kualiti maklumat tidak boleh dikompromi sebaliknya perlu menjadi keutamaan organisasi. Maklumat perlu diurus dengan cekap dan berkesan supaya sentiasa tersedia ketika diperlu terutama bagi membuat keputusan. Tanpa pengurusan kualiti maklumat, organisasi dilihat tidak berakauntabiliti, berintegriti, telus, dan kompeten sekali gus menjejas prestasi. Sebahagian besar organisasi tidak melaksana pengurusan kualiti maklumat kerana faktor yang mempengaruhi kualiti maklumat tidak diberi keutamaan. Kesan kualiti maklumat ke atas organisasi pula tidak diterokai dengan meluas sehingga kualiti maklumat tidak dianggap signifikan. Kajian ini bertujuan membangun sebuah model pengurusan kualiti maklumat bagi organisasi awam di Malaysia. Sebelum model dibangun, faktor yang mempengaruhi kualiti maklumat dan kesannya ke atas pembuatan keputusan dan prestasi organisasi perlu diselidik dan diketahui terlebih dahulu. Kaedah campuran (reka bentuk berurutan penjelasan) dipilih sebagai kaedah kajian melibatkan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpul mengguna teknik soal selidik dengan organisasi awam (perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun persekutuan, badan berkanun negeri, dan pihak berkuasa tempatan) sebagai unit analisis. Sejumlah 273 (63.5%) daripada 430 soal selidik yang diedar, dianalisis mengguna perisian IBM SPSS Statistics versi 24 dan SmartPLS versi 3.2.6. Perisian SmartPLS turut diguna bagi mengesah model yang dibangun. Analisis mendapati komitmen pengurusan atasan, dasar, pengurusan rekod dan maklumat (PRM), latihan, penglibatan pekerja, penambahbaikan berterusan, mengutama pelanggan, kerja berpasukan, inovasi, dan pengurusan pembekal maklumat adalah faktor yang mempengaruhi kualiti maklumat. Pemerkasaan pekerja, ganjaran, dan penandaarasan pula tidak memberi kesan yang signifikan kepada kualiti maklumat. Kualiti maklumat juga memberi kesan yang signifikan terhadap pembuatan keputusan dan prestasi organisasi. Pembuatan keputusan pula mempunyai hubungan positif yang signifikan ke atas prestasi organisasi. Data kualitatif diperoleh melalui teknik temu bual bersua muka bersama enam orang pakar dalam perkhidmatan awam. Analisis data kualitatif menunjukkan model yang dibangun adalah relevan dan dapat diterima serta sesuai menjadi panduan bagi merangka dasar, strategi atau program yang berkaitan dengan pengurusan kualiti maklumat bagi meningkat pembuatan keputusan dan prestasi organisasi sekali gus menyerlah dan memperkasa pengurusan kualiti maklumat dalam organisasi awam khususnya di Malaysia.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Information organization | - |
dc.subject | Information storage and retrieval systems | - |
dc.subject | Civil service -- Malaysia | - |
dc.title | Model pengurusan kualiti maklumat sektor awam Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 275 | - |
dc.identifier.callno | Z666.5.E735 2019 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005549(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122140+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.