Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513393
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamaiah Hj Yahaya, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorZubaidah Bukhari (P72285)-
dc.date.accessioned2023-10-16T04:36:11Z-
dc.date.available2023-10-16T04:36:11Z-
dc.date.issued2019-09-17-
dc.identifier.otherukmvital:122138-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513393-
dc.descriptionPengukuran berasaskan metrik perisian merupakan kaedah yang sering diguna dalam menilai kualiti perisian. Pengkaji terdahulu mencadangkan pelbagai metrik bagi menilai dan menjamin kualiti sesuatu perisian. Namun, kepelbagaian metrik perisian tersebut menimbulkan cabaran kepada pengamal perisian dan pemegang taruh dalam memilih metrik yang sesuai untuk menilai perisian mereka. Persoalan sering dikemukakan tentang kriteria penilaian metrik dan bagaimana metrik tersebut dipilih. Model pemilihan metrik seperti yang dicadangkan oleh pengkaji terdahulu mencadangkan beberapa kriteria penilaian metrik perisian namun model tersebut masih perlu ditambah baik. Model tersebut hanya menyediakan penerangan umum tentang kriteria penilaian metrik tanpa penerangan lanjut setiap kriteria serta tiada pendekatan berstruktur yang boleh membantu organisasi memilih metrik bersesuaian bagi memenuhi matlamat pengukuran organisasi serta pengguna. Tambahan pula, kajian sedia ada tidak mengambil kira nilai pemberat dalam proses penilaian walaupun setiap kriteria penilaian mempunyai kepentingan yang berbeza. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kriteria penilaian metrik perisian, membangun model pemilihan metrik perisian (SMeS), serta melaksana dan menilai kebolehlaksanaan model yang dicadang. Kajian ini dijalankan dalam lima fasa iaitu, fasa pertama melibatkan kajian teori untuk mengenal pasti masalah, objektif dan skop kajian. Fasa kedua ialah kajian kualitatif melalui temu bual bersama dua belas orang pakar dari sektor awam dan swasta bagi menerokai isu-isu dalam penggunaan metrik perisian, serta komponen dan teknik yang terlibat dalam pemilihan metrik perisian. Fasa ketiga ialah pembinaan repositori metrik perisian yang menyimpan metrik perisian sedia ada dari kajian terdahulu sementara fasa keempat pula melibatkan pembangunan model SMeS yang dicadangkan itu. Model SMeS mempunyai lima komponen utama iaitu Sasaran, Kriteria Penilaian, Rujukan Piawai, Proses Pemilihan dan Aras Kesesuaian hasil pengintegrasian Teori Penilaian dan Matlamat Soalan Metrik (GQM). Fasa terakhir iaitu fasa kelima adalah penilaian model SMeS oleh pakar, diikuti dengan pengesahan terhadap kesesuaian dan kebolehgunaan model yang dicadangkan melalui kajian kes yang dilaksanakan di dua buah agensi sektor awam. Keputusan penilaian oleh pakar mengesahkan komponen dalam model SMeS adalah komprehensif, mudah difahami dan tepat. Sementara keputusan pengesahan melalui implementasi kajian kes membuktikan kesesuaian dan kebolehlaksanaan model SMeS untuk dilaksanakan dalam persekitaran sebenar. Kajian ini berjaya membangunkan sebuah model pemilihan metrik perisian yang baharu iaitu model SMeS yang dapat menyelesaikan kekurangan mekanisma berstruktur dalam pemilihan metrik semasa dengan menggabungkan komponen dalam teori penilaian, GQM dan kriteria penilaian metrik. Hasil kajian ini bermanafaat kepada industri dan organisasi untuk memilih metrik yang sesuai diguna pakai dalam program penilaian perisian mereka dengan lebih sistematik dan efektif. Sumbangan kajian ini mencakupi perspektif pemilihan metrik perisian serta perspektif praktikal dengan menyediakan satu mekanisma yang boleh diguna dan dijadikan panduan dalam melaksana pemilihan metrik yang lebih jelas, sistematik dan praktikal.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectComputer software-
dc.subjectSoftware measurement-
dc.titleModel pemilihan metrik bagi menilai produk perisian-
dc.typeTheses-
dc.format.pages382-
dc.identifier.callnoQA76.754.Z833 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005547(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122138+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.