Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513392
Title: Model penerimagunaan sistem pengurusan dokumen dan rekod elektronik dalam sektor awam di Malaysia
Authors: Azlina Ab Aziz (P82827)
Supervisor: Zawiyah Mohammad Yusof, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Information organization -- Malaysia
Electronic records -- Malaysia
Civil service -- Malaysia
Information storage and retrieval systems
Issue Date: 22-Jul-2019
Description: Pelan Strategik ICT Sektor Awam (PSICTSA) diwujud bagi menyokong agenda tranformasi negara dengan bergantung kepada teknologi muktahir bagi meningkat kecekapan dan keberkesanan sekaligus mengoptimum penyampaian perkhidmatan. Sistem pengurusan dokumen dan rekod elektronik (SPDRE) diperkenal di bawah pelan tersebut bagi meningkat kecekapan pengurusan dokumen dan rekod organisasi selain daripada untuk tujuan pembuktian. Meskipun SPDRE memberi faedah dalam menyokong pembuatan keputusan, namun pelaksanaannya dalam sektor awam di Malaysia belum meluas. Kajian lampau pula kurang memfokus kepada perspektif individu (pengguna sistem) sebaliknya terbatas kepada organisasi sahaja. Faktor yang mempengaruhi penerimagunaan pengguna perlu diselidiki bagi menangani isu penolakan teknologi. Kajian ini bertujuan membangun sebuah Model Penerimagunaan SPDRE dalam Sektor Awam di Malaysia dengan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penerimagunaan aplikasi ini serta kesannya kepada pembuatan keputusan. Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dijadikan asas pembangunan model lantaran kuasa penjelasannya tentang penerimagunaan teknologi yang tinggi. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan mengguna instrumen soal selidik dipilih sebagai teknik pengumpulan data. Sejumlah 439 responden dipilih secara rawak melibatkan 27 buah agensi awam. Data demografi dianalisis mengguna perisian SPSS versi 2.0. PLS-SEM melalui perisian SmartPLS versi 3.2.7 pula diguna bagi menganalisis dan mengesah model yang dibangun, menganalisis kesan moderator iaitu "peringkat pengurusan" bagi konstruk pengantara dan menganalisis metrik kepentingan prestasi (IPMA) bagi menentu konstruk yang paling mempengaruhi penerimagunaan SPDRE. Analisis mendapati sebanyak 10 daripada 14 hipotesis adalah signifikan manakala tahap penerimagunaan SPDRE dalam sektor awam di Malaysia adalah sederhana. Analisis kesan moderator menunjukkan bahawa "peringkat pengurusan" bertindak sebagai moderator positif dalam mempengaruhi "jangkaan prestasi" dan "pengaruh sosial" terhadap "Niat ingin menerima guna SPDRE". Analisis IPMA mengenal pasti "Tanggapan Nilai Rekod" sebagai faktor yang paling mempengaruhi penerimagunaan SPDRE. Panduan penggunaan Digital Document Management System (DDMS) dibangun bagi menilai model kajian dan dinilai oleh pakar daripada agensi yang dikenal pasti. Semua pakar bersetuju panduan ini sesuai untuk diguna pakai dalam konteks kajian. Panduan yang dibangun ini seterusnya dapat dijadikan rujukan oleh pasukan pelaksana SPDRE dalam sektor awam di Malaysia bagi membangun dasar pelaksanaan yang lengkap dan menambah baik proses pelaksanaan SPDRE supaya aplikasi ini dapat diterima baik pada masa hadapan.,Ph.D.
Pages: 367
Call Number: Z666.5.A995 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122137+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.