Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513391
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rozilawati Razali, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mazlina Zammani (P82834) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:36:10Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:36:10Z | - |
dc.date.issued | 2020-01-02 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:122136 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513391 | - |
dc.description | Pengurusan Keselamatan Maklumat (PKM) merupakan pendekatan pemeliharaan yang sistematik untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat organisasi daripada capaian yang tidak dibenarkan. Organisasi melaksana inisiatif PKM dengan cara menggubal, mengkaji serta memantap struktur organisasi. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk memastikan maklumat dilindungi, namun insiden keselamatan masih lagi berlaku. Fenomena ini menunjukkan pelaksanaan semasa PKM masih kurang berkesan. Pelaksanaan PKM yang kurang berkesan ini membuktikan bahawa kematangan PKM di organisasi adalah ditahap yang rendah. Bagi mencapai tahap kematangan yang lebih tinggi, organisasi perlu sentiasa menilai amalan PKM mereka. Terdapat beberapa model kematangan telah dibangun oleh badan antarabangsa, syarikat perunding dan penyelidik terdahulu bagi membantu organisasi untuk menilai amalan PKM mereka. Namun demikian, model yang dibangunkan tidak mengukur secara holistik amalan PKM organisasi. Ini kerana dimensi pengukuran yang terdapat pada kebanyakan model lebih tertumpu kepada pengukuran terhadap faktor tertentu sahaja. Perkara ini mengakibatkan pengukuran kematangan dibuat secara tidak menyeluruh. Justeru kajian ini bertujuan untuk menangani kelemahan tersebut dengan menghasilkan model pengukuran kematangan PKM yang mengambil kira faktor kejayaan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan. Kajian ini mengguna pendekatan kaedah mod campuran yang menggabungkan kajian kualitatif dan kuantitatif untuk mengukuhkan dapatan kajian. Kajian kualitatif melibatkan kajian soroton susastera dan temubual bersama sembilan pengamal industri serta enam pakar bidang manakala kajian kuantitatif melibatkan kajian soal selidik. Data kualitatif dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan manakala data kuantitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik. Hasil kajian telah mengenal pasti empat belas faktor kejayaan dan lima puluh tujuh pengukuran kematangan yang mempunyai lima tahap kematangan bagi setiap satunya. Tahap kematangan bagi setiap pengukur dijadikan mekanisme untuk menentukan tahap kematangan PKM secara keseluruhan. Model ini disahkan ketepatan dan kebolehlaksanaannya melalui penilaian tiga pakar bidang dan dua kajian kes. Hasil penilaian menunjukkan model tersebut berupaya mengenal pasti tahap kematangan PKM organisasi. Model ini akhirnya dapat membantu organisasi untuk memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaan PKM seterusnya dapat mengurangi insiden keselamatan.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Information organization | - |
dc.subject | Information storage and retrieval systems | - |
dc.title | Model pengukuran kematangan pengurusan keselamatan maklumat organisasi | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 286 | - |
dc.identifier.callno | Z666.5.M339 2020 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005545(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122136+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.