Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513386
Title: Pengukuran kesetaraan ayat bagi Penilaian Esei Pendek Bahasa Melayu berpandukan kaedah peranan tematik dan rangkaian semantik
Authors: Mohd Azwan Mohamad @ Hamza (P59305)
Supervisor: Mohd Juzaiddin Ab Aziz, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Semantic computing
Malay language
Semantics
Issue Date: 20-Nov-2019
Description: Penilaian Esei Pendek Bersepadu (PEPB) merupakan satu bentuk penilaian subjektif yang menitikberatkan isi-isi penting berbanding gaya penulisan menggunakan samada kaedah-kaedah statistik atau linguistik atau juga gabungan antara keduanya. Pada peringkat awal kajian, PEPB hanya mampu mengukur kualiti esei pendek berdasarkan beberapa parameter asas seperti purata panjang kata, pembahagian panjang ayat, jenis nahu dalam ayat, peratusan kata kerja pasif dan peratusan kata nama. Walaubagaimanapun, kemajuan bidang pemprosesan bahasa tabii dan capaian maklumat telah merintis pada penghasilan rekabentuk PEPB yang lebih berkesan untuk mengukur kesetaraan ayat antara skema jawapan dan jawapan pelajar. Sementara kebanyakan penyelidik telah mengaplikasikan pengetahuan semantik untuk mengukur makna perkataan yang spesifik bagi Bahasa Inggeris, kekurangan pangkalan data semantik leksikal Bahasa Melayu telah menyebabkan timbulnya kekangan untuk menyelesaikan masalah kekaburan dan penjejakan mengundur dalam padanan nahu. Pengetahuan semantik mengumpulkan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sifat dalam kumpulan synset. Kedua-dua synset seterusnya akan dipadankan berdasarkan konsep semantik dan hubungan leksikal berbanding kamus. Namun begitu, pengukuran kesetaraan ayat perlu mempertimbangkan keseluruhan struktur ayat terlebih dahulu. Maklumat statistik, susunan perkataan, peraturan nahu dan struktur sintaksis merupakan kaedah-kaedah yang digunakan kajian terdahulu yang menitikberatkan struktur subjek dan predikat dalam setiap ayat. Tetapi, kaedah tersebut memerlukan saiz korpus yang besar, kepelbagaian padanan susunan, peraturan yang kompleks dan kewujudan imbuhan yang memberi kesan ke atas stuktur sintaksis yang tidak tepat. Dengan itu, kajian ini cuba menyelesaikan masalah tersebut ke atas Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknik Rangkaian Semantik berdasarkan pengukuran Wu & Palmer, yang mana ianya mengira kadar kerelatifan dua synset dengan mengambilkira kedalaman semantik pada dua peringkat; penandaan leksikal dan pengiraan kesetaraan ayat. Namun begitu, sebelum pengukuran kesetaraan ayat dibuat, token kata dan frasa yang telah ditanda akan distrukturkan menurut Petua Peranan Tematik yang terdiri daripada Pelaku, Penderita, Tema, Tempat, Pemanfaat, Pengalami, Sumber, Bilangan dan Masa supaya pemadanan token yang signifikan akan dikelaskan mengikut hubungan tema masing-masing dalam ayat. Kajian ini diuji ke atas set data kursus Pengkompil dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada 13 soalan dan 185 jawapan pelajar merangkumi soalan pasif, ringkas, negatif, gabungan (lebih dari satu objek) dan kompleks (lebih dari satu objek, subjek dan kata kerja). Dengan mengaplikasikan kedua-dua teknik ini dalam metodologi spesifik, hasil yang diperolehi cukup meyakinkan. Bagi membuktikan keberkesanan teknik-teknik tersebut, hasil ujian menggunakan Teknik Pola Grammar dijadikan penanda aras pengujian dapatan, kejituan dan ukuran-f masing-masing adalah 95.83%, 91.33% dan 93.53% menggunakan Petua Peranan Tematik dan Teknik Rangkaian Semantik berbanding 83.39%, 81.36% dan 82.36% menggunakan Teknik Pola Grammar.,Ph.D.
Pages: 245
Call Number: QA76.5913.M833 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122131+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.