Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513380
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Faidzul Nasrudin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhamad Lazim Talib (P76456)-
dc.date.accessioned2023-10-16T04:36:03Z-
dc.date.available2023-10-16T04:36:03Z-
dc.date.issued2019-06-20-
dc.identifier.otherukmvital:122011-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513380-
dc.descriptionPemantauan berkamera menjadi satu keperluan dalam bidang navigasi, sistem pemanduan selamat, sistem pemantauan lalu lintas dan sistem kawalan keselamatan. Kamera di kawasan terbuka sering mengalami gangguan hingar daripada partikel bebas seperti kabus dan jerebu yang menjadikan imej kelihatan kabur. Maka, kualiti pemantauan berkamera menjadi kurang efektif bagi mengesan objek di sekeliling kawasan tumpuan. Proses pengelasan aras darjah penglihatan melibatkan pemansuhan partikel serakan, pengekstrakan fitur dan akhirnya pengelasan. Kajian terkini tentang pemansuhan partikel serakan masih menghasilkan kesan artifak dan mengubah struktur asal imej. Selain itu, pengekstrakan fitur sukar dilaksanakan bagi imej bersifat homogenus dan tanpa maklumat kedalaman imej. Ini menyebabkan pengelasan aras darjah penglihatan tidak tepat kerana hanya bergantung kepada nilai iluminasi persekitaran. Kajian ini menggariskan duaobjektif yang harus dicapai. Objektif pertama adalah untuk mencadangkan pemansuhan partikel serakan bebas berasaskan pembetulan kesan pencahayaan persekitaran. Manakala objektif kedua pula ialah untuk mencadangkan sari fitur warna berasaskan corak matrik piksel warna. Pemansuhan partikel serakan bebas berasaskan pembetulan kesan pencahayaan persekitaran adalah teknik menentukan kedalaman berasaskan garis lurus cahaya dan nilai ambang keterangan cahaya sejagat. Nilai kesan pencahayaan persekitaran ini diambil daripada nilai lar yang terdapat dalam ruang warna RGB dan juga ketumpatan relatif pencahayaan. Ketumpatan relatif pencahayaan adalah teknik mendapatkan nilai ketumpatan cahaya secara relatif dan sejagat tanpa proses segmentasi latar depan dan latar belakang. Ketumpatan ini ditentukan berdasarkan nilai sejagat lar warna secara skalar. Kedua-dua teknik di atas digabungkan dalam pembetulan kesan pencahayaan persekitaran. Penyarian fitur corak matrik piksel warna sebagai penyarian fitur warna. Fitur ini berasaskan pengelompokkan saluran RGB imej berasaskan matrik dua dimensi. Imej yang digunakan dalam penentu ukur dan ujian perbandingan diambil dari set data FRIDA, dan DHAZY . Selain itu, imej persekitaran sebenar juga dijadikan sampel kajian. Kajian ini menggunakan Indeks Matrik Persamaan Struktur (IMKS), Purata Ralat Persegi (PRP) dan Purata Ralat Mutlak (PRM)dengan masing-masing bagi objektif pertama, dan kedua. Hasil eksperimen bagi objektif pertama yang dijalankan kepada teknik He, Tarel, Li (2016) dan Li (2017) mendapati nilai kajian mengatasi semua teknik dengan nilai 0.88 berbanding 0.67, 0.72, 0.54 dan 0.75. Bagi hasil objektif kedua iaitu eksperimen RAKNA pula kaedah ini adalah terbaik dengan ketepatan 0.902 daripada kaedah Chen, Sari, Liang dan Li iaitu 0.567, 0.623, 0.859, dan 0.896. Manakala gabungan pemansuhan partikel serakan, dan corak metrik menghampiri nilai ketepatan yang tinggi iaitu 0.942 berbanding hanya kaedah RAKNA tanpa PKTALIB iaitu 0.873 dan RAKNA sahaja iaitu 0.902. Justeru, kesinambungan daripada proses pemansuhan dan fitur warna ini dapat mengelaskan aras darjah penglihatan dengan efektif dan berkesan.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectImage processing-
dc.subjectVisibility-
dc.subjectClassification-
dc.subjectColors-
dc.titlePengelasan aras darjah penglihatan menggunakan pemansuhan partikel serakan dan pengelompokan warna-
dc.typeTheses-
dc.format.pages249-
dc.identifier.callnoTA1637.M835 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005534(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122011+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.