Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513379
Title: | Kerangka pengurusan rekod dan maklumat elektronik agensi awam di Malaysia : kajian kes Tentera Darat Malaysia |
Authors: | Azlan Long Abdullah (P78197) |
Supervisor: | Zawiyah Mohammad Yusof, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Information storage and retrieval systems -- Electronic records Electronic records Civil service -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Aug-2018 |
Description: | Pelaksanaan inisiatif e-kerajaan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang meluas mengakibatkan peningkatan dalam penggunaan rekod dan maklumat elektronik (RME). Fenomenon sedemikian menjadikan kebergantungan operasi kerajaan kepada RME semakin tinggi sekali gus merasional supaya pelaksanaan inisiatif pengurusan rekod dan maklumat elektronik (PRME) diberi keutamaan. Namun berbanding dengan rekod konvensional, mengurus RME adalah mencabar kerana sifatnya yang mudah diwujud, diubah, disalin, dipindah, dikongsi, dimanipulasi, hilang, rosak serta bergantung kepada teknologi. Tambahan pula, strategi, konsep dan prinsip mengurus rekod konvensional sudah tidak lagi sesuai diaplikasi kepada RME. Sebuah kerangka baharu diperlu bagi membantu organisasi merangka strategi melaksana inisiatif PRME. Kerangka terdahulu bersifat kontekstual dan konseptual akibat daripada perbezaan skop, intensiti dan konteks yang mendasari isu, keperluan dan batasan PRME selain daripada dipengaruhi oleh kecenderungan teori, pengetahuan dan pengalaman sarjana yang berkaitan sehingga tidak terdapat kerangka yang bersifat umum yang boleh diguna pakai oleh semua organisasi. Kerangka sedia ada juga terarah kepada kesempurnaan (idealisme), iaitu sesuatu yang sukar dicapai dan dilaksana dalam situasi sebenar. Kajian ini bertujuan membangun sebuah kerangka PRME yang bertunjang kepada konteks yang mendasari isu, keperluan dan batasan inisiatif PRME dan berpaksi kepada konsep kemunasabahan (realisme). Pendekatan kualitatif dipilih dengan kajian kes melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai reka bentuk kajian. Teknik temu bual, analisis kandungan dokumen dan pemerhatian diguna bagi mengumpul data. Data yang dikumpul dianalisis mengguna pendekatan Analisis Kandungan Berarah. Kerangka PRME yang dibangun kemudiannya dinilai oleh sekumpulan pakar dan kumpulan pelaksana. Kajian mendapati konteks manusia, organisasi, teknologi dan proses yang mendasari isu, keperluan dan batasan inisiatif PRME adalah saling berkait manakala keseimbangan dan penyesuaian, rasional, praktikal, relevan dan responsif adalah kriteria yang memanifestasi konsep kemunasabahan. Konteks dan kriteria tersebut adalah asas kepada pembangunan kerangka PRME yang mewajar kesesuaian, kebolehterimaan dan kebolehlaksanaan kerangka. Kerangka yang dicadang dapat menjadi panduan kepada agensi awam di Malaysia memacu, memperkasa dan menginstitusi pelaksanaan inisiatif PRME dan seterusnya mengartikulasi kepentingan RME dan inisiatif PRME.,Ph.D. |
Pages: | 306 |
Call Number: | Z699.5.E5A995 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122009+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.