Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513371
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Norul Huda Sheikh Abdullah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorFarah Aqilah Bohani (P73065)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:35:58Z-
dc.date.available2023-10-16T04:35:58Z-
dc.date.issued2019-05-16
dc.identifier.otherukmvital:120825
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513371-
dc.descriptionCarian Harmoni (CH) adalah algoritma metaheuristik diilhamkan sebagai tingkah laku semula jadi ahli muzik mencari harmoni yang sempurna. Sejak ia dicipta, lebih daripada satu versi algoritma telah dicadangkan. Tambahan lagi, mekanisma kelajuan penumpuan CH kepada penyelesaian optimal dan mengelak daripada terperangkap dalam optima tempatan adalah isu yang masih terbuka. Kadar pelarasan nada mempengaruhi tahap kualiti penyelesaian (harmoni) dan penumpuan terhadap sasaran optima. Demikian itu, satu algoritma carian tempatan berdasarkan faktor heuristik η dengan pembenaman fungsi trigonometrik iaitu kosinus yang bergelar Carian Harmoni Kosinus (CHK) diperkenalkan. Namun begitu, penambahbaikan bahagian carian tempatan masih tidak memadai untuk kebanyakan masalah dunia sebenar. Justeru itu, carian sejagat turut perlu ditambahbaik bagi menyokong penumpuan cepat terhadap penyelesaian optima. Sehubungan itu, satu algoritma untuk bahagian carian sejagat berdasarkan multi-pembelajaran-berasaskan-pertentangan-tempatan dengan pembenaman fungsi trigonomterik iaitu tangen yang bertujuan meningkatkan kepelbagaian populasi diperkenalkan. Pencarian sejagat yang ditambahbaik ini bergelar Carian Harmoni Kosinus Tangen (CHKT). Walaupun kebanyakan dunia sebenar adalah semula jadi dinamik, namun masalah dunia sebenar yang memerlukan penyelesaian pengoptimuman statik masih giat dikaji pada masa kini. Atas alasan ini, cadangan iaitu CHK dan CHKT telah diuji pada 56 fungsi ujian tanda aras yang terdiri daripada unimod-terpisahkan, unimod-tak-terpisahkan, multimod-terpisahkan, dan multimod-tak-terpisahkan yang berdimensi tinggi. Algoritma cadangan ini turut dibandingkan dengan 12 varian CH yang lain termasuk varian CH terkini. Keputusan eksperimen menunjukkan CHK lebih baik berbanding varian CH yang lain dari segi kualiti penyelesaian dan kelajuan penumpuan pada fungsi multimod-tak-terpisahkan. Manakala CHKT menunjukkan kualiti penyelesaian dan kelajuan penumpuan yang lebih baik berbanding varian CH yang lain termasuk CHK juga pada fungsi multimodtak-terpisahkan. Seterusnya, CHK dan CHKT yang berasaskan Otsu (atau CHKTOtsu dan CHKT-Otsu) diaplikasikan untuk mengatasi masalah penemberengan imej dengan kaedah pengambangan tunggal yang mempunyai hingar disamping menyelesaikan masalah pengambangan multi-aras. Keputusan menunjukkan CHKTOtsu adalah lebih baik daripada varian CH yang lain termasuk CHK-Otsu dan kaedah penemberengan terkini dari segi kualiti penyelesaian bagi menangani masalah pengambangan tunggal yang mempunyai hingar. CHKT-Otsu turut berjaya menyelesaikan masalah pengambangan multi aras yang lebih baik berbanding algoritma perbandingan lain dari segi kualiti penyelesaian.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectHeuristic algorithms
dc.subjectTrigonometry
dc.subjectMetaheuristics
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAlgoritma carian harmoni berasaskan fungsian trigonometrik untuk pengoptimuman statik
dc.typeTheses
dc.format.pages375
dc.identifier.callnoT57.84.F337 2019 3 tesis
dc.identifier.barcode005392(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120825+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
24.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.