Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513367
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suhaila Zainudin, Dr. | |
dc.contributor.author | Faridah Hani Mohamed Salleh (P62446) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:55Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:55Z | - |
dc.date.issued | 2018-11-26 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120609 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513367 | - |
dc.description | Pembinaan semula RPAG (rangkaian pengawal atur gen) ditakrifkan sebagai proses mengenal pasti hubungan antara gen berdasarkan data eksperimen menggunakan analisis pengkomputeran. Pembinaan semula RPAG adalah suatu proses yang mencabar kerana melibatkan data yang dipengaruhi hingar dan saiz pemerhatian terhad. Ketidaktepatan ramalan pada motif lata merupakan sebab utama mengapa model pembinaan semula RPAG yang dicipta sebelum ini mengalami penurunan prestasi. Ralat lata ditakrifkan sebagai kesalahan ramalan pada motif lata, di mana hubungan tidak langsung disalahtafsirkan sebagai hubungan langsung. Walaupun kajian dalam bidang ini aktif dijalankan dari segi pelbagai aspek, perbincangan spesifik bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan ralat lata adalah masih kurang. Malahan, eksperimen terdahulu tidak menjurus ke arah pembuktian kebolehupayaan sesuatu model itu dalam mengelak berlakunya ralat lata. Ralat lata berlaku kerana hubungan langsung yang wujud antara gen memberikan isyarat yang kuat sehingga mengaburi petanda lain yang mungkin wujud bagi menunjukkan hubungan sebenar gen. Kewujudan gen yang tidak berkaitan dalam pengiraan juga menyukarkan pengenalpastian hubungan gen sebenar. Model Hingar Gaussian (MHG), Pekali Kolerasi Pearson (PKP), Pearson & Gaussian (P&G) dan Regresi Linear Berbilang (RLB) telah diaplikasikan ke atas data sintetik. Penemuan utama eksperimen adalah jumlah positif palsu yang tinggi terhasil adalah disebabkan oleh ralat lata. P&G telah dikenal pasti sebagai model terbaik untuk digunakan ke atas data sintetik. Walaubagaimanapun, struktur data sebenar ekspresi gen yang berbeza daripada data sintetik menyebabkan aplikasi P&G ke atas set data sebenar tidak boleh dilakukan. Lalu, RLB dipilih sebagai model terbaik untuk ditambahbaik bagi menyelesaikan ralat lata. Oleh kerana bilangan pemerhatian data eksperimen nyata adalah jauh berkurangan, sebilangan peramal disingkirkan secara sistematik dengan mengekstrak sub-jaringan rawak daripada jaringan besar. Walaubagaimanapun, pengaplikasian sub-jaringan pada RLB adalah diragukan kerana hubungan antara gen boleh menjadi tidak tepat. Kekurangan yang didapati pada semua model yang diuji telah memberi motivasi kepada pengusulan P-CALS yang merupakan model berasakan KDTS dan terdiri daripada dua kaedah bermula dengan mengenalpasti gen peramal bererti oleh APK. Kemudian, gen peramal tersebut diumpukkan pada KDTS bersama-sama gen peramal yang dikenalpasti oleh UKMA dalam model KDTS. Prestasi P-CALS diuji dengan RPAG berskala genom E. coli, S. cerevisiae dan set data siliko. P-CALS mencatatkan keputusan yang baik dengan kesemua sub-jaringan mencatatkan nilai AUROC melebihi 0.5, dengan 82.31% pembolehubah bererti dan hubungan gen dikenalpasti pada jaringan paling kompleks. Eksperimen pada set data sebenar seterusnya diperluaskan untuk mengkaji keefisyenan P-CALS dalam menangani ralat lata dengan menggunakan prosedur eksperimen yang turut diusulkan dalam kajian ini.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Genetic programming (Computer science) | |
dc.subject | Genetic regulation | |
dc.subject | Gene expression | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Model P-CALS bagi menyelesaikan permasalahan ralat lata pada pembinaan semula rangkaian pengawal atur gen | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 187 | |
dc.identifier.callno | QA76.623.F337 2018 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 005363(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120609+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 3.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.