Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513366
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Riza Sulaiman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Marlinawati Djasmir (P67919) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:55Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:55Z | - |
dc.date.issued | 2019-04-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120608 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513366 | - |
dc.description | Rawan lutut terletak di antara pertemuan tulang femur, tibia dan patela bertujuan melindungi tulang tersebut bergesel antara satu sama lain. Rawan lutut terdiri daripada 70% air, proteoglycans dan 2 jenis fiber kolagen. Jika rawan ini berkurangan atau nipis, maka seseorang itu akan merasa sakit dan sukar untuk bergerak. Penipisan rawan ini berpunca daripada pelbagai faktor dan pesakit yang mengalami simptom ini dikategorikan sebagai Osteoarthritis (OA). Bagi mengenal pasti tahap OA seseorang, imej lutut pesakit perlu diambil menggunakan kaedah pengimejan MRI. Selepas itu, imej tersebut akan melalui proses segmentasi bagi mendapatkan isi padu bagi tujuan analisis dan rawatan susulan. Majoriti teknik yang ada hanya dapat melakukan segmentasi terhadap imej lutut normal sahaja dan hasil segmentasi tidak mengambil kira kehadiran cecair sinovial. Selain itu, terdapat juga penyelidik yang menggunakan pengukuran ketebalan bagi menentukan tahap OA seseorang. Kaedah begini kurang tepat dan telah disahkan oleh pakar kerana kaedah ini hanya mengukur ketebalan di tempat-tempat tertentu dan dengan kaedah ini, isi padu tidak diperoleh. Isi padu sangat penting dalam menentukan tahap OA dan juga untuk tujuan rawatan susulan terhadap pesakit. Bagi mengatasi masalah yang dinyatakan, satu teknik pra-segmentasi baru hasil penambahbaikan terhadap teknik sedia ada telah dibangunkan. Teknik yang dihasilkan ini diberi nama teknik COMSeg. COMSeg merupakan singkatan bagi Contrast (CO), Measure (M) dan Segment (Seg). Objektif penyelidikan secara spesifiknya i)Mengkaji dan membangunkan satu teknik penambahbaikan pada algoritma pra-segmentasi untuk membolehkan segmentasi dilakukan terhadap rawan lutut dengan memisahkan cecair meniskus semasa proses segmentasi melalui imej lutut MR yang terdiri dari pelbagai tahap OA ii) Menghasilkan penambahbaikan pada algoritma pengiraan isiapdu yang mampu menghitung isi padu keseluruhan rawan lutut setelah proses segmentasi dan iii) Mengintegrasikan teknik pra-segmentasi dan pengiraan isi padu yang ditambah baik pada algoritma dan menguji keberkesanan penambahbaikan tersebut terhadap set data pesakit OA. Teknik baru yang ditambah baik ini membolehkan kumpulan pakar bahagian radiologi melakukan segmentasi rawan lutut dengan lebih mudah dan tepat seterusnya dapat menganalisis tahap OA pesakit serta untuk melakukan rawatan susulan yang bersesuaian. Pengujian dan perbandingan terhadap keberkesanan dan ketepatan hasil yang diperoleh melalui teknik baru dilaksanakan dengan menggunakan pengukuran keupayaan segmentasi terhadap imej lutut yang terdiri daripada 3 kategori iaitu OA normal, OA pertengahan dan OA yang teruk. Hasil pengujian dan analisis data dilakukan bersama kumpulan pakar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia bahagian Radiologi seramai 3 orang. Kaedah penilaian dilakukan oleh pakar radiologi bahagian rawan lutut adalah melalui perbandingan terhadap ketepatan segmentasi dan isi padu yang diperoleh secara manual dan automatik. Metodologi penyelidikan terdiri daripada empat fasa iaitu analisis, reka bentuk, implementasi dan perbandingan dan pengujian. Hasil penyelidikan telah mencapai objektif seperti yang dinyatakan dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sumbangan penyelidikan adalah terhadap proses pra-segmentasi dan juga pengiraan isi padu rawan lutut untuk pelbagai tahap OA.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Imaging systems in medicine | |
dc.subject | Knee | |
dc.subject | Osteoarthritis | |
dc.subject | Synovial fluid | |
dc.subject | Image processing | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengiraan isi padu dan pra segmentasi rawan lutut separa automatik menggunakan teknik COMSeg | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 178 | |
dc.identifier.callno | R857.O6M337 2019 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 005362(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120608+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 5.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.