Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513365
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnuar Mohd Ishak, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNor Azizah M. Yacob (P42597)-
dc.date.accessioned2023-10-16T04:35:54Z-
dc.date.available2023-10-16T04:35:54Z-
dc.date.issued2012-05-07-
dc.identifier.otherukmvital:120529-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513365-
dc.descriptionMasalah aliran lapisan sempadan olakan dalam bendalir mikrokutub dan nanobendalir dipertimbangkan dalam kajian ini. Teori bendalir mikrokutub yang diperkenalkan oleh Eringen pada tahun 1966 boleh menerangkan telatah ampaian koloid, polimer, darah, minyak pelincir, cat dan sebagainya yang tidak boleh diterangkan oleh teori klasik Navier-Stokes. Teori ini mengambil kira kesan mikroskopik yang terhasil daripada mikrostruktur setempat dan pergerakan mikro unsur-unsur bendalir tersebut. Sebaliknya, nanobendalir pula direka bentuk dengan menyerakkan zarah-zarah pepejal yang bersaiz kurang daripada 100 nm di dalam bendalir klasik yang mempunyai kekonduksian terma yang rendah seperti air, minyak dan etilena glikol. Kewujudan nanozarah ini dapat meningkatkan kekonduksian terma bendalir tersebut dan seterusnya meningkatkan ciri-ciri pemindahan haba. Dalam kajian ini, model matematik diterbitkan untuk tiga masalah dalam bendalir mikrokutub dan dua masalah dalam nanobendalir, iaitu aliran lapisan sempadan olakan campuran berdekatan titik genangan pada permukaan mencancang, olakan paksa terhadap permukaan mengufuk dan olakan paksa terhadap baji pegun dalam bendalir mikrokutub, manakala dua masalah dalam nanobendalir adalah olakan paksa terhadap baji pegun atau baji bergerak dalam tiga nanobendalir berbeza, iaitu kuprum-air, alumina-air dan titania-air dan akhirnya aliran ricih luar seragam terhadap permukaan meregang/mengecut dalam dua nanobendalir berbeza, iaitu argentumair dan kuprum-air menggunakan tiga syarat sempadan, iaitu suhu permukaan ditetapkan, fluks haba permukaan ditetapkan atau syarat sempadan permukaan olakan. Dalam menyelesaikan masalah-masalah ini, persamaan-persamaan menakluk tak linear dalam bentuk persamaan pembezaan separa dijelmakan kepada persamaan-persamaan pembezaan biasa menggunakan penjelmaan keserupaan, sebelum diselesaikan secara berangka menggunakan kaedah kotak Keller atau kaedah tembakan yang masing-masing diatur cara menggunakan perisian MATLAB dan MAPLE. Keputusan berangka kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bagi pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat, profil halaju, suhu dan mikroputaran untuk julat tertentu pelbagai parameter, seperti parameter bahan K, parameter keapungan λ, nombor Prandtl P r, parameter sedutan s, pecahan isi padu nanozarah ϕ, parameter hukum kuasa FalknerSkan m, parameter regangan/pengecutan ζ dan parameter olakan ϱ. Ciri-ciri aliran dan kadar pemindahan haba pada permukaan yang masing-masing mewakili pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat pada permukaan dengan pelbagai parameter bagi setiap masalah dikaji. Didapati bahawa pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat pada permukaan dipengaruhi oleh parameter-parameter tersebut. Penyelesaian berganda, dual dan unik diperoleh bagi julat nilai tertentu parameter terlibat.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectBoundary layer-
dc.subjectHeat-Convection-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAliran lapisan sempadan olakan terhadap pelbagai permukaan dalam bendalir mikrokutub dan nanobendalir-
dc.typeTheses-
dc.format.pages229-
dc.identifier.callnoQA913.N647-
dc.identifier.barcode002983 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120529+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
696.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.