Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513356
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHalimah Badioze Zaman, Prof. Datin Dr.-
dc.contributor.authorNazrul Azha Hj Mohamed Shaari (P29469)-
dc.date.accessioned2023-10-16T04:35:50Z-
dc.date.available2023-10-16T04:35:50Z-
dc.date.issued2012-10-04-
dc.identifier.otherukmvital:120117-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513356-
dc.descriptionTeknologi visual sebagai media alat bantuan mengajar berasaskan komputer, paling berkesan dalam menyampaikan isi kandungan yang melibatkan konsep abstrak, ruang dan pergerakan yang dinamik. Penggunaan realiti maya (VR) dalam persekitaran pendidikan menggunakan ciri khusus teknologi visual dalam penyampaian isi kandungan pelajaran, bukan sahaja berkesan malah berupaya merangsang pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris bagi topik Puisi dengan lebih positif. Objektif kajian ini ialah membangun dan menguji kepenggunaan prototaip Perisian Pelajaran Bahasa Inggeris (Topik Puisi) menggunakan pendekatan 3D interaktif berasaskan teknologi realiti maya (VR), yang digelar Poem3DI. Pembangunan perisian adalah berasaskan metodologi yang menyepadukan pelbagai teori pengajaran dan pembelajaran seperti teori behaviourisme, teori kognitivisme dan teori konstruktivisme. Teori berkaitan peranan visual dalam pembelajaran seperti teori Dual-Coding, teori Conjoint Processing, teori kognitif pembelajaran multimedia dan teori Level of Processing turut dipertimbangkan. Pelbagai aplikasi teknologi VR berasaskan kajian lepas juga diambil kira. Prototaip perisian pelajaran Poem3DI mencipta pelbagai objek dan membentuk persekitaran 3 Dimensi. Perisian ini juga menerapkan beberapa ciri dinamik dan interaktif melalui objek yang dibina dan dimuatkan ke dalam ruang maya. Penyusunan reka letak persembahan dan penyepaduan elemen multimedia dalam perisian Poem3DI juga dilaksanakan. Ujian kepenggunaan dijalankan setelah perisian selesai dibangunkan, bertujuan menguji kesan kepenggunaan perisian tersebut di kalangan pelajar. Konstruk yang digunakan dalam kajian tersebut adalah keberkesanan, dan kebolehgunaan terhadap perisian tersebut. Perbandingan di antara penggunaan elemen visual berbentuk 3 Dimensi berinterkaktif berbanding dengan penggunaan visual berbentuk 2 Dimensi berinteraktif juga diuji. Ujian kepenggunaan tersebut dilaksanakan berdasarkan sebuah kajian kes, menggunakan pendekatan eksperimen-separa, siri ujian pra dan pasca, dan teknik soal selidik. Sampel kajian kes terdiri daripada 30 orang: 15 orang merangkumi kumpulan eksperimen dan 15 lagi merangkumi kumpulan kawalan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan elemen dimensi grafik dan ciri interaktif dalan perisian pelajaran yang terlibat didapati seragam merentasi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ianya juga mendapati kedua-dua bentuk perisian tidak membantu pelajar mengingati semula isi kandungan pelajaran yang dipelajari secara signifikan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kumpulan mempamerkan sikap positif terhadap pembelajaran bagi puisi berjudul "Life's Brief Candle". Perbandingan perisian yang menggunakan visual berbentuk 3 Dimensi berbanding visual berbentuk 2 Dimensi, menunjukkan kedua-duanya berjaya menimbulkan kesan yang positif dari aspek motivasi para pelajar Tingkatan Satu dalam pembelajaran puisi berujudul "Life's Brief Candle". Sumbangan yang diperoleh daripada kajian adalah: (i) metodologi dan model pembangunan prototaip perisian pelajaran Poem dalam bentuk realiti maya (VR), (ii) model ID perisian pelajaran Poem3DI berdasarkan realiti maya (VR), (iii) pembangunan instrumen kajian (SSK), (iv) soalan-soalan kue yang bertindak sebagai perancah (scaffolding) bagi membantu pelajar mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris, berdasarkan Puisi terpilih yang dimuatkan dalam ruang maya, (v) prototaip merangkumi empat buah modul yang berbeza, dan (vi) hasil kajian kepenggunaan prototaip, Poem3DI.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectVirtual reality in education-
dc.subjectComputer graphics-
dc.subjectVirtual reality-
dc.subjectTeaching -- Aids and devices-
dc.subjectEducational technology-
dc.subjectComputer simulation-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePerisian Pelajaran Bahasa Inggeris (Poetry) menggunakan pendekatan 3D interaktif berasaskan teknologi realiti maya (VR)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages390-
dc.identifier.callnoQA76.9.H85N349 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode003083(2012);004058(2019)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120117+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
863.89 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.