Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513347
Title: | Model polisi maklumat : kes Malaysia |
Authors: | Mokmin Basri (P35237 ) |
Supervisor: | Zawiyah Mohammad Yusof, Prof. Dr. |
Keywords: | Polisi maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 12-Jul-2012 |
Description: | Maklumat adalah sumber penting kepada aktiviti dan perkembangan semua sektor (sosial, budaya, pentadbiran, politik dan ekonomi). Kerajaan bertanggungjawab mencipta, mengagih mengawal dan menyimpan maklumat dengan berpandu kepada polisi maklumat. Polisi maklumat Malaysia pada hari ini dilaksana secara berasingan di antara satu sektor dengan sektor yang lain selain tidak dikoordinasi dan terpisah daripada dasar utama negara. Kajian ini bertujuan menganalisis status polisi maklumat di Malaysia dengan objektif berikut: mengenal pasti isu dalam polisi maklumat, mengenal pasti sektor polisi maklumat bagi isu yang dikenal pasti, mengenal pasti interaksi dan hubungkait antara sektor polisi maklumat bagi pembentukan model polisi maklumat bersepadu, menganalisis polisi maklumat sedia ada mengguna model yang dicadangkan, mengenal pasti lompang dalam bidang polisi maklumat, dan menentu status polisi maklumat. Pendekatan kualitatif dipilih dengan Malaysia dijadikan sebagai kajian kes. Dua teknik pengumpulan data diguna iaitu analisis kandungan dokumen primer (penyata rasmi Parlimen) dan temu bual dengan tokoh yang terbabit dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi maklumat Negara. Persampelan dokumen primer adalah berpandu kepada model polisi maklumat yang disarankan oleh kajian. Kajian mendapati tidak terdapat sebarang dokumen rasmi yang boleh dianggap sebagai polisi maklumat kebangsaan. Polisi maklumat hanya dalam bentuk program sahaja dengan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Agenda IT Kebangsaan (NITA) dianggap sebagai polisi maklumat utama. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) pula berfungsi sebagai kerangka perundangan yang menyelia maklumat. Meskipun National IT Council (NITC) bertindak sebagai penyelaras Teknologi Maklumat (IT) kebangsaan, namun tidak berfungsi dengan berkesan serta keanggotaannya yang tidak menyeluruh tanpa melibatkan perpustakaan iaitu satu sektor yang berkaitan dengan kandungan maklumat. Polisi maklumat yang lain (maklumat teknikal dan saintifik, maklumat kerajaan, maklumat pendidikan dan maklumat ekonomi) digubal dan dilaksana secara terpisah-pisah. Model polisi maklumat bersepadu yang dibangunkan adalah signifikan kerana berbeza daripada model polisi maklumat sedia ada serta dapat diaplikasi pada peringkat teori dan amalan. Turut disaran ialah mempertingkat keupayaan NITC dengan mewujud sekretariat tetap di bawah kementerian tertentu dengan bidang kuasa khusus serta melibatkan pihak berkepentingan dari sektor awam dan swasta.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 258 |
Call Number: | Z674.5.M4M639 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119383+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.