Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513345
Title: | Penilaian amalan pengurusan kualiti maklumat bagi Sistem Maklumat Kesihatan |
Authors: | Siti Asma Mohammed (P47983) |
Supervisor: | Maryati Mohd. Yusof, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Public health-Evaluation. |
Issue Date: | 3-Jul-2014 |
Description: | Amalan pengurusan kualiti maklumat (PKM) yang rendah memberi kesan kepada kualiti maklumat yang dihasilkan oleh Sistem Maklumat Kesihatan (SMK) yang seterusnya menjejaskan tahap kualiti penjagaan pesakit. Kajian lepas mendapati pengguna SMK tidak dapat menyelaraskan penggunaan maklumat SMK dengan proses klinikal. Oleh itu, penilaian menyeluruh perlu dilakukan untuk mengkaji permasalahan ini. Namun, kriteria penilaian dalam rangka kerja PKM yang sedia ada masih kurang komprehensif terutamanya untuk SMK. Oleh itu, kajian ini mencadangkan satu rangka kerja penilaian PKM yang lebih sistematik dan holistik. Rangka kerja cadangan ini dibangun berdasarkan kombinasi rangka kerja PKM dan rangka kerja penerimaan sistem maklumat iaitu rangka kerja Prestasi Pengurusan Sistem Maklumat Rutin (Performance of Routine Information Systems Management (PRISM)) dan rangka kerja Manusia, Organisasi dan Teknologi serta penjajarannya (Human, Organization and Technology-fit (HOT-fit)). Kriteria penilaian dicadangkan berdasarkan isu kualiti maklumat berkaitan SMK, rangka kerja penilaian dan amalan terbaik PKM terdahulu bagi sesuatu sistem maklumat, termasuk SMK dan juga amalan terbaik kualiti pengurusan secara amnya. Kaedah penilaian pula diadaptasi dari Badan Pengetahuan Pengurusan Projek (Project Management Body of Knowledge (PMBOK)). Rangka kerja ini digunakan untuk menilai amalan PKM untuk kajian kes Sistem Maklumat Penjagaan Kritikal di Institut Jantung Negara (IJN) menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan isu berkaitan dengan kualiti maklumat SMK yang rendah disebabkan oleh faktor manusia dan organisasi berbanding teknologi. Selain daripada kebolehgunaan sistem, rekabentuk fizikal pangkalan data dan sokongan teknikal, keputusan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan berkaitan kualiti, penglibatan pengguna dalam rekabentuk sistem, proses klinikal, keperluan indikator kualiti maklumat yang jelas, latihan kualiti maklumat dan SMK, pengetahuan dan kemahiran pengguna, budaya, kesedaran, dan pendidikan kualiti maklumat yang mencukupi adalah antara faktor penting yang menyumbang kepada kualiti maklumat kajian kes. Kajian ini menyumbang kepada organisasi penjagaan kesihatan dengan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kualiti maklumat SMK bagi memastikan amalan PKM yang berkesan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 240 |
Call Number: | T58.64.S594 2014 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119333+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.