Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513340
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noraidah Sahari @ Ashaari, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nor Aziah Daud (P58734) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:41Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:41Z | - |
dc.date.issued | 2018-10-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:119247 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513340 | - |
dc.description | Teknologi persuasif dalam pendidikan boleh dimanfaat menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan web (PBW). Reka Bentuk Sistem Persuasif (PSD) merupakan model rujukan yang komprehensif, namun model ini masih belum diguna sepenuhnya dalam banyak domain. Kajian ini membangun satu model persuasif pendidikan Islam (Model Persuasif PBW-PI) sebagai platfom untuk pembelajaran sepanjang hayat secara bukan formal bagi pelajar dewasa. Penerimaan pendidikan Islam (PI) melalui PBW masih rendah. Kajian berkaitan mengaplikasi faktor persuasif dalam PBW-PI dipercayai dapat mengatasi masalah ini. Pendidikan Islam memerlukan reka bentuk model PBW tersendiri. Penerapan persuasif faktor selari dengan falsafah dan teori PI dapat meningkat minat dan keyakinan serta penerimaan PBW-PI. Proses pembangunan model diadaptasi daripada model ADDIE dan teknik Delphi (TD) diguna untuk mendapat persetujuan yang kolektif dalam perbincangan terhadap faktor persuasif berkaitan. Komponen persuasif PBW-PI diperolehi daripada analisis sorotan kesusasteraan dan pertimbangan teori, serta melalui penilaian pakar. Lima pakar dalam bidang kepakaran yang berkaitan Multimedia, reka bentuk pembelajaran dan pendidikan terlibat. Dua perbincangan TD terlibat iaitu teknik Delphi 1(TD1) dan teknik Delphi 2 (TD2). TD1 melibatkan satu pusingan perbincangan, dan dalam TD2, terdapat dua pusingan perbincangan iaitu teknik Delphi - Pusingan 1 (TD2-P1) dan teknik Delphi - Pusingan 2 (TD2-P2. Kedua-dua pusingan TD dianalisis menggunakan teknik julat antara kuartil (IQR). Dalam TD1, tiga dimensi dan 23 komponen persuasif diterima untuk diguna dalam reka bentuk PBW-PI. Keputusan dari TD2-P1 dan TD2-P2 menetapkan 18 komponen dan 12 komponen masing-masing untuk dimasukkan dalam Model Persuasif PBW-PI. Pakar bersetuju sekurang-kurangnya tiga elemen sokongan diguna dalam setiap komponen. Berdasarkan model persuasif yang dihasil, prototaip PBW-PI dibangun dan instrumen pengujiannya dibentuk. Seramai 51 orang pengguna akhir menilai prototaip yang dibangun. Persampelan bertujuan diguna dan analisis data menggunakan analisis statistik deskriptif dan koefisien korelasi spearman (rs) dilakukan. Hasil penilaian menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap penerimaan, hasrat mengguna sistem dengan tingkah laku sebenar. Sumbangan kajian ialah Model Persuasif PBW-PI, reka bentuk antara muka PBW-PI dan instrumen penilaian penerimaan.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Internet in education | |
dc.subject | Education -- Computer network resources | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Reka bentuk model persuasif pembelajaran berasaskan web bagi Pendidikan Islam | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 312 | |
dc.identifier.callno | LB1044.87.N6439 2018 3 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119247+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.