Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513333
Title: Kaedah mereka bentuk aplikasi berasaskan mikroservis secara sistematik
Authors: Ahmad Tarmizi Abdul Ghani (P58724)
Supervisor: Mohamad Shanudin Zakaria, Prof. Madya Dr.
Keywords: Service-oriented architecture (Computer science)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Aug-2018
Description: Mikroservis adalah transformasi baharu Seni Bina Berorientasikan Servis (SOA) yang semakin mendapat tempat dalam bidang akademik dan juga industri. Kejayaan mikroservis bermula apabila syarikat gergasi seperti Netflix menggunakannya sebagai seni bina servis untuk tujuan penyampaian servis kepada pelanggan. Seni bina berbentuk monolitik yang digunakan oleh Netflix sebelum ini tidak lagi mampu menampung perkembangan bisnes dan sukar untuk diskalakan bagi memenuhi peningkatan pengguna. Walaupun Netflix telah berjaya dengan seni bina mikroservis namun tidak ada sebarang kaedah sistematik yang diperkenalkan untuk menghasilkan mikroservis. Kajian akademik berkaitan mikroservis juga masih di peringkat awal dan belum mencapai kematangan. Mikroservis dilihat memerlukan sebuah kaedah yang dapat membantu organisasi untuk mereka bentuk aplikasi berasaskan mikroservis secara sistematik dan mereplikasi kejayaan yang dicapai oleh Netflix. Dalam membentuk kaedah untuk mereka bentuk aplikasi berasaskan mikroservis yang sistematik ini maka kaedah-kaedah untuk membina aplikasi berasaskan mikroservis yang sedia ada dikaji. Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) yang sekian lama digunakan dan terbukti dalam pembangunan aplikasi menjadi asas kepada pembentukan kaedah yang dicadangkan dalam kajian ini. SDLC menekankan aspek sistematik berdasarkan kepada fasa-fasa yang ada dalam kitar hayat tersebut yang perlu dilalui dalam proses pembangunan aplikasi. Ini dapat menjamin penghasilan aplikasi yang konsisten dan terancang. Berpandukan kepada kaedah Penyelidikan Sains Reka bentuk, tiga artifak kajian telah dihasilkan. Artifak pertama, kajian ini mengenal pasti konstruk kepada kaedah reka bentuk mikroservis yang dicadangkan iaitu berupa sepuluh ciri utama aplikasi yang direka bentuk berasaskan mikroservis. Artifak kedua merupakan cadangan kaedah mereka bentuk mikroservis secara sistematik yang mempunyai sebanyak empat langkah utama. Artifak ketiga adalah penseketikaan dengan mengaplikasikan kaedah reka bentuk mikroservis yang dicadangkan ke atas dua kajian kes iaitu MyFlix dan juga Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Seterusnya penilaian dibuat ke atas kaedah baharu yang dihasilkan dengan mendapatkan pandangan daripada pakar melalui proses temu bual. Hasil penilaian pakar mendapati kaedah yang dicadangkan mampu untuk menghasilkan reka bentuk mikroservis secara sistematik berdasarkan kepada enam prinsip yang dicadangkan dan juga empat langkah utama. Kaedah ini juga dapat menghasilkan reka bentuk aplikasi mikroservis yang berciri jeleket, berganding longgar, teragih dan tidak terpusat yang dapat menyumbang kepada sistem terskala.,Ph.D.
Pages: 220
Call Number: TK5105.5828.A376 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118689+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.