Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513327
Title: Model anotasi imej x-ray dada berdasarkan fitur perhubungan spatial bagi mempertingkatkan dapatan semula imej
Authors: Mohd Nizam Saad (P63463)
Supervisor: Noraidah Sahari @ Ashaari, Prof. Madya Dr.
Keywords: Image processing
Image analysis
Image reconstruction
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Jan-2018
Description: Pengimejan perubatan digital telah menjadi satu keperluan kepada setiap institusi perubatan. Sehubungan itu, dapatan semula kepada imej perubatan seperti imej X-ray dada (XRD) perlu dipertingkatkan melalui proses anotasi sebelum imej disimpan dalam pangkalan data. Sehingga kini, terdapat beberapa kaedah diperkenalkan untuk menganotasi imej termasuk imej XRD menggunakan fitur perhubungan spatial. Namun, prestasi anotasi bagi setiap kaedah tidak konsisten dan kurang menunjukkan pencapaian yang baik dalam mendapatkan semula imej. Setiap kaedah anotasi yang diperkenalkan didapati masih bergelut dengan sekurang-kurangnya dua masalah besar. Pertama, model anotasi yang dicadangkan masih lemah disebabkan kaedah berkenaan tidak mengambil kira bentuk objek sebaliknya hanya menggunakan anggaran kasar objek yang diringkaskan ke dalam bentuk tertentu seperti nilai kecerunan objek bagi menentukan fitur perhubungan spatial antara objek utama dan objek rujukan. Kedua, model anotasi yang dicadangkan hanya mampu berfungsi untuk struktur objek dalam kedudukan mudah iaitu yang tidak mempunyai struktur kompleks seperti lubang. Akibatnya, berlaku kerumitan dalam proses penentuan arah perhubungan spatial bagi menganotasi imej dengan tepat. Lanjutan itu, kajian ini bermatlamat untuk mencadangkan sebuah model baharu bagi menganotasi lokasi bintil dalam zon peparu bagi imej XRD menggunakan fitur perhubungan spatial untuk mempertingkatkan dapatan semula imej. Bagi mencapai matlamat kajian, satu metodologi penyelidikan yang terdiri daripada tiga fasa iaitu pemerhatian, inovasi dan penilaian dibentuk. Dalam fasa pertama, kajian awal dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengenal pasti fitur perhubungan spatial yang digunakan doktor bagi mendiagnosis bintil dalam peparu. Dalam fasa kedua, model anotasi imej XRD baharu secara semi-automatik menggunakan fitur perhubungan spatial dihasilkan untuk meningkatkan dapatan semula imej. Dalam fasa ini juga, sebuah sistem anotasi imej XRD yang dinamakan CHEXRIARS dibangunkan berasaskan model tersebut. Dalam fasa ketiga, CHEXRIARS diuji menggunakan dua ujian iaitu ujian prestasi dapatan semula imej dan ujian kebolehgunaan. Dalam ujian pertama, dua jenis ujian dilaksana iaitu ujian kepersisan dan ingat kembali (precision and recall- PNR). Dalam setiap ujian, bentuk keluk PNR dan nilai kawasan bawah keluk CHEXRIARS memperoleh skor yang terbaik. Dalam ujian kedua, pemeriksaan telesuran kognitif dilakukan bagi menilai antara muka CHEXRIARS yang melibatkan pakar radiologi dan pakar antara muka. Berdasarkan hasil ujian, ciri antara muka diperbaiki supaya sistem lebih mudah digunakan. Hasil keseluruhan daripada setiap ujian menunjukkan model anotasi imej XRD yang dicadangkan memberikan hasil yang memuaskan dan berjaya mempertingkatkan dapatan semula imej.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 272
Call Number: TA1637.M845 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108163+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.