Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513304
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHaslina Arshad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorTan Siok Yee (P72765)
dc.date.accessioned2023-10-16T04:35:23Z-
dc.date.available2023-10-16T04:35:23Z-
dc.date.issued2017-07-20
dc.identifier.otherukmvital:98993
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513304-
dc.descriptionAugmentasi Realiti (AR) merupakan satu bidang penyelidikan yang menggabungkan antara dunia sebenar dengan dunia maya di mana pengguna mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan objek maya dalam masa nyata. Untuk mencapai prestasi optimum dalam aplikasi AR mudah alih, pemilihan dalam penggunaan algoritma penjejakan perlu diberi perhatian yang tinggi kerana telefon pintar mempunyai kuasa pemprosesan dan memori yang terhad berbanding platform komputer peribadi. Penjejakan dalam AR mengandungi empat komponen yang penting iaitu pengesanan, pemerihalan, pemadanan dan anggaran posisi. Isu keteguhan aplikasi AR mudah alih dalam perubahan pencahayaan masih merupakan satu isu yang penting dan perlu diberikan perhatian. Penggunaan pemerihal merupakan satu komponen yang penting dan akan menjejaskan prestasi aplikasi AR mudah alih. Untuk membangunkan satu aplikasi AR mudah alih yang berkesan dan teguh, pemerihal yang digunakan mesti berfungsi dalam masa yang singkat (berkesan) serta teguh dalam perubahan skala, putaran, sudut pandangan dan pencahayaan. Melalui pra analisis dan pengujian dengan menggunakan set data Mikolajczyk, Fast Retina Keypoint (FREAK) telah dicadangkan sebagai pemerihal yang paling sesuai untuk aplikasi AR mudah alih kerana FREAK menggunakan masa yang paling singkat dan paling teguh dalam perubahan skala dan putaran. Walaupun FREAK merupakan satu pemerihal yang dapat berfungsi dalam masa yang singkat dan teguh tetapi informasi warna yang menjejaskan keteguhan pemerihal dalam perubahan pencahayaan telah diabaikan oleh FREAK. Kajian ini telah menambahbaik pemerihal FREAK dengan menggunakan dua ruang warna RGB dan HSV untuk meningkatkan keteguhan dalam perubahan pencahayaan. Teknik perangkaian tegak telah digunakan untuk menggabungkan semua titik utama yang diperihalkan. Penilaian keteguhan pemerihal dari segi perubahan pencahayaan telah dilakukan dengan menggunakan set data Mikolajczyk dan ALOI dan juga turut dinilaikan dalam persekitaran sebenar. Keteguhan pemerihal terhadap jarak yang berbeza dari sumber pencahayaan dengan imej input. Pemerihal FREAK yang menggunakan ruang warna RGB dan HSV (CRH-FREAK) telah menggunakan masa pengkomputeran yang tinggi berbanding dengan pemerihal FREAK yang asal kerana ia menggunakan enam saluran warna untuk memerihalkan titik utama. Oleh itu, saiz pemerihal CRH-FREAK telah dikurangkan daripada 512 bit kepada 128 bit untuk mengurangkan masa pengkomputerannya. Peratusan kejituan pemerihal CRH-FREAK 128 bit telah meningkatkan sebanyak 5.56% dalam perubahan pencahayaan berbanding dengan pemerihal FREAK yang asal dan menggunakan masa pengkomputeran yang rendah (29.49ms) iaitu setanding dengan pemerihal FREAK yang asal. CRH-FREAK 128 bit yang diperkenalkan ini dapat membantu aplikasi AR mudah alih berfungsi dengan masa pengkomputeran yang singkat serta mempunyai keteguhan dalam perubahan putaran, skala dan pencahayaan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectAugmentasi realiti
dc.subjectAugmented reality
dc.titlePemerihal binari menggunakan gabungan ruang warna untuk augmentasi realiti mudah alih
dc.typeTheses
dc.format.pages281
dc.identifier.callnoQA73.9.A94T336 2017 3 tesis
dc.identifier.barcode003233(2018)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98993+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
769.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.