Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513303
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Riza Sulaiman, Prof. Dr. Ir. | |
dc.contributor.author | Nur Saadah Mohd Shapri (P65586) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:22Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:22Z | - |
dc.date.issued | 2017-10-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98992 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513303 | - |
dc.description | Kemampuan untuk mensimulasikan kain yang mempunyai kesan kedutan dengan menggunakan kaedah simulasi kain 3D yang berubah bentuk secara interaktif adalah penting dalam grafik berkomputer. Beberapa bukti berkaitan pelaksanaan simulasi model kain membuktikan bahawa unsur perlanggaran kompleks memerlukan kos komputasi masa yang tinggi. Untuk mengurangkan kos komputasi masa ini, penyelidik terdahulu menggunakan formula matematik mudah dan teknik komputasi dikenali sebagai Rangkaian Jisim-Gegelung (MSN) dalam kaedah pemodelan kain. Dalam MSN, kaedah Pengesanan Perlanggaran Sesama Sendiri (SCD) lazimnya digunakan untuk memberikan kesan seakan simulasi kain di dunia nyata. Sungguhpun demikian, proses simulasi ini memerlukan kos komputasi masa yang tinggi di samping pada masa yang sama akan meningkatkan proses pemprosesan Tindak Balas Perlanggaran (CR) antara permukaan kain bagi menstabilkan perlanggaran yang telah berlaku. Justeru, kajian ini adalah untuk membangunkan suatu teknik SCD yang efisien dengan mengintegrasikan dua teknik dikenali sebagai nBlok Pepohon Delapan (nBOct-Tree) dan Pembetulan Halaju Berasaskan Kedudukan Dinamik (VcCPBD). Teknik nBOct-Tree diperkenalkan bertujuan untuk memperbaiki peraturan teknik keseimbangan dalam struktur Isipadu Persempadanan Pepohon Hirarki (BVH). Dengan menggunakan teknik nBOct-Tree dalam simulasi kain, kos komputasi masa BVH adalah 11.524 mili saat lebih laju berbanding teknik sedia ada. Manakala, teknik VcCPBD telah dibangunkan dan diintegrasikan bersama teknik nBOct-Tree bagi mempertingkatkan kestabilan tindak balas perlanggaran yang melibatkan elemen kedudukan, halaju dan pecutan nod-nod partikel selepas berlakunya perlanggaran SCD. Hasil daripada eksperimen yang dilaksanakan menunjukkan bahawa perlanggaran teknik VcCPBD yang direkodkan adalah tidak melebihi 5 mili saat pada setiap langkah masa. Selain itu, didapati juga bahawa purata perlanggaran yang dicatatkan bagi integrasi teknik yang dibangunkan ini adalah 1.018% lebih kecil berbanding teknik sedia ada disamping pada masa yang sama dapat menstabilkan perlanggaran di antara nod-nod partikel objek kain untuk mengelakkan berlakunya penembusan pada permukaan objek kain yang mengalami kedutan. Keputusan eksperimen juga menunjukkan bahawa teknik integrasi yang dicadangkan telah menghasilkan peningkatan kadar kos komputasi masa perlanggaran yang ketara berbanding dengan pendekatan sedia ada.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Simulasi kain | |
dc.subject | Grafik berkomputer | |
dc.subject | Collision detection (Computer animation) | |
dc.title | Integrasi ȵblok pepohon delapan dan pembetulan halaju berasaskan kedudukan dinamik bagi pengesanan perlanggaran dalam simulasi kain | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 175 | |
dc.identifier.callno | TR897.7.N837 2017 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003232(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98992+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 462.25 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.