Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513284
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamaiah Yahaya, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNur Hani Zulkifli Abai (P65170 )
dc.date.accessioned2023-10-16T04:35:15Z-
dc.date.available2023-10-16T04:35:15Z-
dc.date.issued2017-03-21
dc.identifier.otherukmvital:97639
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513284-
dc.descriptionEra teknologi maklumat kini menunjukkan perkembangan pesat dalam bidang pengurusan data. Data bukan sahaja penting untuk analisis dalam bentuk laporan malah ia perlu dituai secara analitik bagi mendapat maklumat tersirat. Ia menjadi sumber penting dalam pembuatan keputusan agar prestasi organisasi dapat ditingkat secara konsisten. Teknologi Kecerdasan Bisnes (BI) merupakan merupakan satu teknologi yang mampu menguruskan data dari pelbagai platfom. Ia mempunyai keupayaan untuk membantu menjana laporan data yang berintegrasi serta memproses data secara analitik bagi mendapatkan maklumat tersirat. Meskipun terdapat kajian lepas mengenai perlaksanaan BI dalam pengurusan prestasi, namun aspek analitik kurang diberi tumpuan. Ini menyebabkan kurangnya impak perlaksanaan BI dalam pengurusan prestasi organisasi yang melibatkan formulasi strategi serta usaha meningkatkan prestasi. Kerangka sedia ada dibina secara berasingan dan ini menyebabkan Kecerdasan dan Analitik Bisnes (BIA) dilaksana secara terhad dan tidak dapat memenuhi keperluan pengurusan prestasi organisasi masakini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk membangun satu kerangka yang mengintegrasi elemen BI, analitik dan pengurusan prestasi untuk menambahbaik perlaksanaan BIA dalam pengurusan prestasi organisasi. Kerangka Perlaksanaan Integrasi Kecerdasan dan Analitik Bisnes dalam Pengurusan Prestasi (BIAPM) ini dibangun menerusi empat fasa iaitu kajian literatur, kajian empirikal, pembangunan kerangka dan pengesahan kerangka menggunakan kajian kes. Kajian empirikal dijalankan menerusi temubual pakar kecerdasan bisnes, analitik dan pengurusan prestasi bagi mengenalpasti komponen dan elemen yang diperlukan oleh kerangka BIAPM ini. Komponen dan elemen yang diperolehi dibanding dengan komponen dan elemen dari kajian literatur menggunakan kaedah induktif dan deduktif bagi menghasilkan kerangka yang berintegrasi. Hasil analisis mengenalpasti empat komponen utama iaitu Proses, Pelaksana, Urus Tadbir dan Keupayaan. Setiap komponen merangkumi beberapa elemen dan sub elemen penting. Kerangka BIAPM telah diaplikasi dan dinilai menggunakan kaedah kajian kes. Hasil penilaian mengesahkan ianya sesuai dan praktikal untuk dilaksana. Hasil daripada kajian ini telah menambahbaik kerangka BI sediada dengan mengintegrasikan ia dengan analitik dan pengurusan prestasi. Selain daripada itu ia juga dapat menjadi garis panduan bagi pelaksana dalam meningkatkan penggunaan BIA bagi mengurus prestasi organisasi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectPrestasi organisasi
dc.subjectComputational intelligence -- Industrial applications
dc.titleKerangka integrasi perlaksanaan kecerdasan dan analitik bisnes dalam pengurusan prestasi organisasi bagi sektor awam
dc.typeTheses
dc.format.pages246
dc.identifier.callnoQ342.N846 2017 3 tesis
dc.identifier.barcode002972(2017)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97639+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
373.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.