Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513280
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Halimah Badioze Zaman, Prof. Dato' Dr. | |
dc.contributor.author | Hafiza Abas (P41021) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T04:35:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T04:35:13Z | - |
dc.date.issued | 2017-03-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96931 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513280 | - |
dc.description | Realiti luasan (AR) merupakan teknologi antara muka interaktif yang berupaya untuk menggabungkan objek nyata dengan objek maya tiga Dimensi (3D); adalah intuitif dan mempunyai keupayaan interaktiviti secara masa nyata. Keunikannya mula diterokai untuk murid pemulihan yang menghadapi masalah sukar membaca. Murid pemulihan menghadapi kesukaran untuk fokus dan tiada motivasi untuk belajar membaca secara sehala atau tidak interaktif. Teknologi AR digunakan untuk mengatasi masalah tersebut melalui kajian ini. Kajian ini melibatkan dua (2) objektif utama iaitu: (i). mereka bentuk dan membangunkan pakej hibrid yang merangkumi sebuah aplikasi membaca berteknologi AR dan buku cerita berasaskan teknologi AR dalam Bahasa Melayu bagi murid pemulihan belajar membaca; dan (ii). menjalankan penilaian terhadap aplikasi AR Baca-Pulih. Metodologi yang digunakan dalam kajian tersebut ialah metodologi campuran: kajian pembangunan dan kajian penilaian kebolehgunaan. Pakej hibrid tersebut dinamakan aplikasi AR Baca-Pulih yang menggabungkan aplikasi AR dan buku cerita AR. Aplikasi tersebut dibangunkan berdasarkan model Kitar Hayat Iteratif -Evolusi-Penglibatan AR Baca-Pulih (IEP-AR Baca-Pulih). IEP-AR Baca-Pulih dibina berdasarkan lima (5) fasa yang piawai iaitu: Analisis, Reka bentuk, Pembangunan, Integrasi dan Implementasi, dan Penilaian. Fasa Penilaian melibatkan penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif dilaksanakan menggunakan kaedah pengujian pakar ataupun heuristic evaluation (HE). HE dilaksanakan menggunakan khidmat lima (5) orang pakar berdasarkan instrumen Soal Selidik Pakar AR Baca-Pulih (SSP AR Baca-Pulih). Penilaian sumatif pula, dilaksanakan berdasarkan pengujian kebolehgunaan aplikasi hibrid AR Baca-Pulih yang menggabungkan aplikasi AR dan buku cerita AR. Proses pengujian tersebut dilaksanakan oleh 22 orang murid pemulihan di salah sebuah sekolah di Bangi. Pengujian kebolehgunaan aplikasi AR Baca-Pulih dinilai berdasarkan lima (5) konstruk: keberkesanan, antara muka, interaksi, kebolehbelajaran dan sikap (motivasi dan kepuasan). Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semakan Pengujian Kebolehgunaan (SSPK AR Baca-Pulih), set pra dan pasca ujian, dan senarai semakan tugasan aplikasi AR Baca-Pulih (SST AR Baca-Pulih). Khusus bagi buku cerita AR pula, pengujian kebolehgunaan dinilai berdasarkan empat (4) konstruk: keberkesanan, kebolehbelajaran, interaksi dan sikap (motivasi dan kepuasan). Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semakan pengujian kebolehgunaan buku cerita AR (SSPK buku cerita AR) dan senarai semakan tugasan buku cerita AR (SST buku cerita AR). Secara keseluruhanya, hasil kajian menunjukkan prestasi penggunaan pakej hibrid tersebut adalah positif. Sumbangan kajian ialah: prototaip aplikasi AR Baca-Pulih; model kitar hayat IEP-AR Baca-Pulih; model ID AR Baca-Pulih; model bimbingan aplikasi dan buku cerita, prototaip buku cerita AR; instrumen SSP AR Baca-Pulih, instrumen SSP buku cerita AR, SSPK AR Baca-Pulih, SST AR Baca-Pulih; SST buku cerita AR, SSPK buku cerita AR; pra dan pasca ujian; hasil penilaian terhadap pakej hibrid: aplikasi AR Baca-Pulih dan buku cerita AR; dan sumbangan kepada ilmu Interaksi Manusia-Komputer (HCI) Teknologi Realiti Luasan (AR), Kejuruteraan Usabiliti dan Pendidikan Khas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Bahasa Melayu | |
dc.subject | Pemulihan | |
dc.subject | Teknologi realiti luasan | |
dc.subject | Membaca | |
dc.subject | Augmented reality | |
dc.title | Aplikasi teknologi realiti luasan untuk murid pemulihan belajar membaca Bahasa Melayu berasaskan pendekatan hibrid (AR Baca-Pulih) | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 340 | |
dc.identifier.callno | QA76.9.A94H334 2017 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002827(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96931+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 679.54 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.