Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513279
Title: | Model pengukuran kualiti perisian telekomunikasi |
Authors: | Nor Fazlina Iryani Abdul Hamid (P50023) |
Supervisor: | Mommahad Khatim Hasan, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Telekomunikasi Perisian Kualiti Telecommunication systems |
Issue Date: | 10-Feb-2017 |
Description: | Pertumbuhan pesat teknologi pada masa kini memberi cabaran hebat kepada syarikat pembangunan perisian bagi menghasil aplikasi yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna khususnya di dalam industri telekomunikasi. Perisian telekomunikasi mestilah mempunyai faktor kebolehpercayaan yang tinggi bersesuaian dengan perubahan pesat dalam industri telekomunikasi. Beberapa sistem pengukuran kualiti perisian telah dilaksana dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi tiada satu pun daripada sistem itu memberi tumpuan kepada industri telekomunikasi. Industri yang berbeza mempunyai set faktor kualiti yang berbeza kerana perisian berlainan pempunyai ciri-ciri pengukuran yang berbeza. Pelaksanaan sistem pengukuran kualiti perisian telekomunikasi adalah penting untuk menampung keperluan industri ini. Objektif tesis ini adalah untuk membangunkan Model Pengukuran Kualiti Perisian Telekomunikasi di Malaysia (PAKAT). Dengan itu, faktor kualiti, atribut kualiti dan metrik kualiti perisian yang membentuk Model PAKAT diperoleh daripada sorotan susastera dan soal selidik bagi memenuhi tujuan tersebut. Pengukuran kualiti perisian telekomunikasi memerlukan model kualiti yang boleh diguna sepanjang kitaran hayat pembangunan perisian dan merangkumi semua sudut kualiti. Setiap metrik kualiti yang dikenal pasti bagi mengukur kualiti perisian boleh dikira secara kuantitatif menggunakan formula matematik yang dibangun. Nilai kualiti perisian diukur dan diagregat dengan merujuk kepada Model PAKAT. Ia mengklasifikasi tahap kualiti perisian yang diukur dengan merujuk kepada jadual Net satisfaction Index. Model PAKAT disah oleh tiga orang pakar di dalam bidang pengukuran kualiti perisian dan juga pakar dari bidang pembangunan perisian telekomunikasi. Seterusnya ianya dinilai dengan mengukur 34 perisian yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia. Kualiti perisian yang diukur telah dinilai oleh pengguna sistem, pembangun perisian dan pengurus projek. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Model PAKAT boleh dipercayai dan juga telah menunjukkan potensi dalam pengukuran kualiti perisian telekomunikasi. Ianya dapat menilai perisian secara telus, membasmi penilaian yang tidak adil dan melindungi privasi data. Model PAKAT telah diperhalusi dan dibangun mengikut keperluan semasa berpandukan sorotan susastera dan kajian empirikal. Sumbangan tesis ini terdiri daripada kajian dan pembangunan Model PAKAT. Dengan itu dapat disimpulkan bahawa Model PAKAT berkemampuan, sesuai dan praktikal digunakan di dalam pengukuran kualiti perisian telekomunikasi,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 251 |
Call Number: | QA76.76.Q35N637 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96930+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 348.37 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.